Mukhriz anggap spekulasi dipecat tidak sahih
ALOR SETAR - Spekulasi Menteri Besar Kedah akan digantikan kembali diperkatakan, apabila sekali lagi Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikritik secara terbuka oleh Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, kelmarin.
Kenyataan Ahmad melalui sebuah video meminta Mukhriz meletakkan jawatan, selain mendakwa Mukhriz gagal mentadbir kerajaan negeri, kini viral di laman sosial sekali gus mengundang pelbagai tanggapan konon kedudukan Mukhriz kini goyah.
Kini ditambah pula dakwaan Mukhriz dan beberapa pemimpin Umno lain tersenarai dalam rombakan pemecatan jawatan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, Mukhriz ketika ditanya berhubung perkara itu menyifatkan ia sebagai berita yang belum sahih.
“Macam-macam senarai ada, selagi tidak menjadi kenyataan, saya tak boleh respons. Saya sendiri ada lihat macam-macam yang disebarkan melalui laman sosial,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 Pertubuhan Peladang Negeri Kedah di Dewan Kolej Universiti Insaniah, semalam.
Mukhriz yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, setakat ini, beliau belum menerima makluman pemecatannya sebagai Menteri Besar Kedah atau digantikan menjelang akhir bulan ini.
“Pucuk pimpinan parti tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara ini. Saya tidak boleh terima komen-komen dari Facebook atau maklumat dan berita yang tidak disahkan,” katanya
.
5 orang berkata:
MOHON SUPAYA GHB DAN ORANG RAMAI BUAT LAPORAN POLIS, JAKIM, JAIK, ROS TERHADAP BAIAH SONGSANG HINGGAI MENGGADAI ISTERI OLEH SEBUAH PARTI POLITIK DI MALAYSIA. BAIAH SONGSANG INI AMAT BAHAYA MEWUJUDKAN SUASANA KETIDAKPASTIAN DAN MENGANCAM KEHARMONIAN INSTITUSI KELUARGA SERTA KESUCIAN AGAMA ISLAM. TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KEPADA PARTI BERKENAAN KERANA MELAKUKAN AKTIVITI TIDAK SIHAT TANPA MERUJUK KEPADA PIHAK BERKUASA AGAMA. DIMINTA JUGA SIASAT SAMA ADA TINDAKAN ITU SELARI DENGAN AJARAN ISLAM SEBENAR SERTA ADAKAH IA SELARAS DENGAN PERLEMBAGAAN PARTI.
DIHARAP TINDAKAN SEGERA DAPAT DIAMBIL SEBELUM HAL INI MENJADI PARAH DAN MEMBENTUK FENOMENA BARU YANG MEMBAHAYAKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA.
lain kali ngaji bab agama bagi abih dulu
baru ngaji bab siasah
laporan terhadap penganjur maksiat takmau buat ke demi menjaga Islam
apa itu penganjur maksiat?
penganjur maksiat ialah parti yang kononnya nak tegakkan hukum hudud dengan harapan mendapat simpati dari umno tetapi telah kena kencing hidup2 oleh umno kerana presidennya seorang kaki kencing dan memang patut pun presiden parti itu kena kencing kerana hidupnya tak ubah seperti katak di bawah tempurung. ngeeeeeeeeeeeee
penganjur maksiat ialah parti yg hendak menghancurkan perkahwinan ahli-ahlinya demi politik sempit mrk.
penganjur maksiat ialah parti yg hendak menghancurkan perkahwinan ahli-ahlinya demi politik sempit mrk.
Post a Comment