Ingat perasaan keluarga Dr Hatta pesan Mahfuz
SHAH ALAM - Semua pihak termasuk pimpinan Pas diingatkan agar bertimbang rasa dengan perasaan keluarga bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dalam membincangkan isu baiah secara terbuka di media.
Bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, wujud kebimbangan apabila isu itu dibahas secara meluas dengan pelbagai pandangan, bakal wujud persepsi bahawa Pas sebuah parti yang hipokrit serta mengguna agama juga mencagar wanita (isteri) untuk kepentingan politik.
“Seharusnya semua pihak menghormati dan menjaga hati dan perasaan orang yang dilibatkan. Kalau pun anda tidak dapat menjaga hati dan perasaan Dr Hatta tetapi ingatlah isteri dan anak menantu serta keluarganya punya hati dan perasaan.
“Membincangkan isu baiah cerai talak tiga secara terbuka tidak pun membantu menambah kekuatan Pas, tetapi sebaliknya mencalarkan imej Pas. Dengan perbincangan yang berlaku hari ini telah akhirnya membentuk pelbagai persepsi masyarakat terhadap Pas. Paling dibimbangkan saya, masyarakat akan punya persepsi Pas ini hipokrit dan mengguna agama serta mencagarkan wanita (isteri) untuk kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan.
Pas mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Harapan Baru dan akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).
Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas mendedahkan baiah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.
Katanya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah syarat bahawa wakil rakyat Pas di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.
Namun, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli mendakwa perkahwinannya tidak terbubar kerana telah membayar kifarat kepada baiah berkenaan.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu baiah itu kini dikritik NGO dan tokoh wanita yang boleh menghakis keyakinan masyarakat wanita terhadap Pas serta tidak baik untuk masa depan politik Pas yang memerlukan sokongan pengundi wanita.
“Saya mengharapkan saranan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dipertimbang sebaiknya oleh pimpinan dan ahli Pas. Uruslah isu ini dengan hikmah bukannya dengan perasaan bebal.
“Kepada sahabat karib saya YB Dr Hatta banyaklah bersabar menghadapi ujian dan cabaran perjuangan. Saya yakin dengan saudara akan terus istiqamah dengan Islam. Kepada isteri dan anak menantu Dr Hatta tabahlah menghadapi cabaran kehidupan. Janji Allah tetap benar, selepas kesedihan akan ada kegembiraan dan selepas kepayahan akan ada kemudahan,” katanya.
Semalam, Tuan Ibrahim menggesa semua pihak khususnya ahli Pas yang menyertai PPM supaya berhenti daripada mempolemikkan isu baiah talak tiga ke atas isteri masing-masing dan menyerahkan kepada pihak berkuasa agama dalam menentukan hukum.
12 orang berkata:
Sajak : Baiah
Perjuangan demi agama
atas nama agama
politik agama
sering pula menggadai
agama itu sendiri.
Nilai syahadah
rukun Islam
rukun Iman
ibadah
adalah kehidupan sementara
manusia memiliih jalan
hidayah atau dakyah
ke syurga atau neraka.
Prioriti dalam politik
adalah kuasa
menang pilihanraya
menjadi kerajaan
menentukan arah negara
bukan retorik semanis janji
propaganda dan kilauan manifesto
dibawah dakwah syok sendiri
apabila agama menjadi pertaruhan
agamawan bertaraf politikus
politikus berlakun agamawan
semuanya terlalu hipokrasi
menggelirukan, menghitamkan
kefahaman kemanusiaan
yang hanya mahukan kesejahteraan
keadaan lebih baik
untuk kehidupan semasa.
Kemusnahan perjuangan
politik agama atau sekular
bermula dari permulaan sumbang
bagai baiah yang merampas
hak-hak keadilan
hanya kerana ketaksuban
kepada parti
para politikus agamawan
agamawan politikus
yang mempergunakan agama
sebagai topeng berwajah-wajah
memancar kesucian palsu
dalam bayang-bayang jalang
di fatamorgana!
Fudzail
Mana satu anda percaya dan akan ikuti antara dua ulama ini:
1. Ulama Tersohor Dunia, (Islamic Scholar and Chairman of International Union Of Muslim Scholars, Yusuf Al-Qaradawi, menyatakan Bai'ah cagar Isteri Talak Tiga PAS adalah haram kerana bercanggah Al-Quran dan Sunnah;
2. Ulama Tersohor PAS, (President PAS and Vice President Of The International Union Of Muslim Scholars, Haji Hadi Awang, menyatakan Bai'ah cagar Isteri Talak Tiga PAS adalah Halal dan mengikut ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Buatlah pilihan yang bijak dan jangan jadi ketawa atau lawak dunia Islam.
Kalau ikut ranking, Haji Hadi ialah ke lima terbawah selepas Chairman, Secretary General dan 3 Vice President. Ramai wala'un wala'un sangka Hadi ialah kedua tersohor selepas Yusuf Al-Qaradawi..Inilah fahaman dan ikutan para walaun.
Scholars who are currently or have been at one time officials include:
The President: Yusuf al-Qaradawi.
The Vice Presidency of the Union is shared by Ahmad Al-Raysouni (of Morocco), Ahmed bin Mohammed al-Khalili (Grand Mufti of Oman) and Abdul Hadi Awang (President of Pan-Malaysian Islamic Party of Malaysia).
Secretary General is Ali Muhiuddin Al-Qurra Daghi.
abis semua manusia jadi bingung dek kerana taksub ngan parti2 yg berundang2 dengan demokrasi perlembagaan lord reid...
tambah2 parti politik yg bawa registerkan agama Allah berundang2 dengan undang2 demokrasi perlembagaan lord reid..
habis dari yg muda sampai ke tua manusia semua jadi bingung akibat dek kerana bawa agama Allah berundang2 dgn undang2 demokrasi lord reid..
demi keyakinan yg salah bahawa agama dlm diri tiap2 manusia itu akan tertegak bila dapat kerusi/kuasa...
(kuasa dibawah perundangan demokrasi lord reid pulak tu haha)..
habis semua ayam2 dalam reban pun jadi bingung..
mana taknya...ayam2 pun x tergamak cagar bini dan anak2 demi nak dapat/pertahan kuasa sebagai ketua ayam2..
("kuasa dibawah perundangan lord reid pulak tu"
-kata ayam tu....)
hahaha
fikir2kan lah ye...
insyaAllah...
mengenakan syarat kepada manusia lain supaya cagar bini dan anak2 demi kuasa dibawah perundangan demokrasi lord reid...
bukan manusia je xdapat nak faham..
ayam2 seluruh reban kat malaysia ni pun sekarang ni tengah mesyuarat sebab bingung ..
hehehe
tapi yg ayam2 tu lagi x paham sebenarnya...
ialah cagar agama...
ko bawak agama Allah berundang2 dgn undang2 lord reid bhai oi..
sedangkan ko dlu sekolah rendah dh belajar syarat sah agama itu ialah tauhid..
ayam2 seluruh malaysia sekarang ni tengah bingung...kalo ko x caya cuba ko cek reban2 ayam belakang umah opah ko kat kampung,semua tengah mesyuarat hehe
Pakakarmu .fahamlah apa yang telah di komen dengan bernas oleh masyarakt ini.hangn kau tambah lagi batu dan apainya.kau sendari akan mendapat musibatnya nanti.nasihatkahlah Hj hadi untuk menjadi seorang peminpin yang sabar menghadapi ujian ini.jangan terlalu ego dengan ilmu yang ada.akan nanti ilmuitu merajuk da menjadi beban yang tak tertanggung.
pak karamu ni barua segala barua
lembu yg jahil tak boleh ikut....sampai ulamak pun nak dibuat musuh....ni rasanya islam atas nama jah ni....hukum hakam tak tahu gapo satu ni...orng ni rasanya malaikat takut kt dio ni....hati kotor terlajak....
lembu yg jahil tak boleh ikut....sampai ulamak pun nak dibuat musuh....ni rasanya islam atas nama jah ni....hukum hakam tak tahu gapo satu ni...orng ni rasanya malaikat takut kt dio ni....hati kotor terlajak....
hati org kotor hati kita bersih...biase la tu..
hahaha
tak payah buat sajak sajaklah ,kita ikut baiah yg ada dalam Alquran,apa alquran kata kita yakin dan percaya sungguh sungguh...orng munafik saja,(lee gua end mmng tak percaya...hahaha) yg tak percaya...buat lenguh tangan je nulis sajak kita tak pedulipun...
tak payah buat sajak sajaklah ,kita ikut baiah yg ada dalam Alquran,apa alquran kata kita yakin dan percaya sungguh sungguh...orng munafik saja,(lee gua end mmng tak percaya...hahaha) yg tak percaya...buat lenguh tangan je nulis sajak kita tak pedulipun...
tak payah buat sajak sajaklah ,kita ikut baiah yg ada dalam Alquran,apa alquran kata kita yakin dan percaya sungguh sungguh...orng munafik saja,(lee gua end mmng tak percaya...hahaha) yg tak percaya...buat lenguh tangan je nulis sajak kita tak pedulipun...
Post a Comment