1MDB krisis terbesar negara
SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara dianggap tidak sensitif
dengan gesaan Majlis Raja-Raja agar isu melanda 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) diselesaikan dengan segera.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata
, ini berikutan tindakan Jabatan Peguam Negara yang didakwa
cuba meletakkan kesalahan ke atas Bank Negara dalam krisis 1MDB.
“Pihak yang meminjam duit merata-rata sehingga hutangnya
menggerunkan kini tidak dipersalahkan. Kesalahan ini sekarang
cuba diletak pada pihak lain.
“Itulah yang sedang berlaku apabila Jabatan Peguam Negara
meletakkan Bank Negara sebagai pihak yang cuai dalam krisis
1MDB. Apakah Peguam Negara tidak dapat menghidu
bahawa 1MDB bermasalah?" katanya.
Menurutnya, isu 1MDB juga mengubah hidup pengkritik-pengkritiknya
dan terbaru ialah bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang yang didakwa
mensabotaj ekonomi negara.
“Yang hebatnya ialah sehingga kini 1MDB masih tidak perlu berdepan
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan perdana menteri pula
belum disoal oleh polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
“Jikalau semua kejadian ini dijadikan kayu ukur kepada 1MDB, ini boleh
dikira sebagai krisis terbesar negara,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, Pas mengalu-alukan mana-mana pihak
yang ingin menuntut kebenaran dalam isu 1MDB bersama
pembangkang.
“Kami mengalu-alukan kesudian mana-mana NGO untuk
bersama pembangkang menentang Umno dalam isu 1MDB dan
kepentingan rakyat.
“Tetapi Pas tidak akan sesekali mengadakan kerjasama
politik dengan NGO yang bersentimen perkauman,” katanya.
Pada Selasa lalu, Jabatan Peguam Negara dalam satu
kenyataan menegaskan 1MDB tidak patut dipersalahkan
dalam dakwaan yang dibuat Bank Negara kerana melalui
proses yang dibenarkan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Bank
Negara sepatutnya meminta maklumat itu sejak 2009 lagi dan
bukannya sekarang.
“Jika Bank Negara tidak memohon maklumat tertentu atau khusus,
bagaimana 1MDB harus dipersalahkan apabila mereka mengisi
borang dan menjawab soalan yang diperlukan? (Ketika permohonan
dibuat)” soal Apandi.
Apandi mendedahkan terdapat tiga kebenarandiperoleh
1MDB dari Bank Negara untuk membuat kiriman wang
pada 29 September 2009, September 6, 2010 dan 20 Mei 2011.
1 orang berkata:
AssalamuAlaikum war"wab.....!!
Perknalkan nama Saya samuel kusuma Saya asal dari medan.Kerja jadi Tkw Di MALAYSIA, mau mengucapkan banyak trimakasih kpd EMBAH WIRANG sdh membantu kami melalui nombor togel MALAYSIA keluaran 5440 allahamdulillah benar-benar meledak akhirnya dapat BLT Rp.257 juta uang indonesia, sesuai niat kami kemarin klo sdh tembus, kami mau pulan kampung buka usaha & berhenti jadi tkw, kapok dpt siksaan trus dari madam,sekali lagi trimakasih byk embah saya tdk bakal lupa seumur hidup saya atas batuan & budi baik embah terhadap kami. Bagi teman2 tki & tkw maupun yang ada di indonesia yg lagi kesusahan/ingin pulang kampung tdk ada ongkos, dan keadaannya sdh kepepet, sdh tdk ada jalan lain lg.kami temukan solusi yg tepat akuratt & trpercaya banyak yg akui ke ahliannya di internet/facebook dengan jaminan tdk bakalan kecewa,jelas trasa bedahnya dengan embah2 yang lain, EMBAH WIRANG sdh membantu puluhan tki & tkw termasuk kami yg dibrikan motipasi sangat besar,demi allah ini kisah nyata kami yg tak terlupakan dalam hidup kami embah, sekali lagi trimakasih byk sdh membantu kami. Jika anda merasa sulit menang togel Malaysia, Singapura, Hongkong, Thailand. silahkan join dengan EMBAH WIRANG siapa cepat dia dapat, TERBATASI penerimaan member...!!!wajib hanya 5 member bisa diterimah dlm 1x putaran. Langsung call EMBAH WIRANG Di 082346667564 Insya allah anda bisa berjayah seperti saya..
Post a Comment