'Mereka terdesak, edar risalah provokasi H60K'
KOTA BHARU - Pas sifatkan pihak yang membenci parti
tersebut sudah kehabisan cara untuk menunjukkan sikap
negatifnya dan menyimpan dendam tidak berkesudahan
terhadap aktiviti dianjurkan mereka.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata,
diharapkan semua peserta Himpunan Fastaqim (H60K) tidak
terpengaruh dengan propaganda murahan dan fitnah liar
dilemparkan kepada awam berhubung perhimpunan itu.
"Kehabisan idea nampaknya pihak yang membenci Pas….anjur
program, mereka pula yang kepanasan. Pas gerakkan aktiviti,
mereka yang tidak senang duduk.
“Akhirnya langkah mudah dan dangkal ialah lakukan fitnah
dan cetuskan provokasi. Kelihatan banyak risalah fitnah
kononnya itu adalah Risalah Penerangan Pas dan kain rentang
provokasi yang kononnya di pasang oleh Geng Ustaz,” katanya
dalam satu kenyataan berhubung tindakan pihak tidak
bertanggungjawab menyebarkan risalah fitnah berkaitan
himpunan itu di bandar Kota Bharu semalam.
Himpunan Fastaqim tersebut yang berlangsung hari ini diadakan
di Stadium Sultan Muhammad IV dengan anggaran kehadiran
60,000 penyokong perjuangan parti itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Megeri, Ahmad Fadhli
Shaari berkata, pihaknya menerima banyak laporan dari
seluruh bandar Kota Bharu berhubung risalah-risalah palsu
dan memaparkan artikel artikel berbentuk provokasi dipercayai
bertujuan memburukkan nama Pas.
“Saya sifatkan pihak sebegini sebagai pihak yang pengecut
dan tidak mempunyai kejantanan untuk menyatakan pandangan
sendiri,” katanya.
Risalah dipercayai dicetak dalam jumlah yang besar dan
diedarkan secara percuma di masjid-masjid semalam.
“Seluruh jentera Pemuda Pas telah diarahkan memastikan
bahan- bahan sebegini dimusnahkan sebelum diedarkan
secara meluas kepada masyarakat.
“Pemantauan juga wajib dilakukan secara berterusan bagi
memastikan pihak berkenaan tidak tidak mengulangi lagi
tindakan provokasi mereka,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment