Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERSENYUM BERJUMPA KETUA PENGGANAS

Perdana Menteri Dato' Seri Najib Khianat Terhadap Perjuangan Palestin

Kenyataan Media Penerangan. 36
Perdana Menteri Dato' Seri Najib Khianat Terhadap Perjuangan Palestin

1. Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Pejabat Perdana Menteri, pertemuan di antara Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib dan Perdana Menteri Israel Bibi Netanyahu tidak sepatutnya berlangsung sama sekali dan wajib dikecam. Nyata, Perdana Menteri gagal mengambilkira sensitiviti konflik yang semakin meningkat di rantau Timur Tengah khususnya di Palestin.

2. Di kala Perdana Menteri Malaysia dirakamkan tersenyum bertemu ketua pengganas Israel itu dan dipuji pula oleh akhbar negara haram tersebut, rakyat Palestin kini sedang terkepung di Masjidil Aqsa untuk mempertahankan tanah suci Umat Islam itu dari diceroboh oleh Israel.

3. Malah keseriusan konflik terbaru ini mengundang reaksi keras dari Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang telah membatalkan Perjanjian Oslo menerusi ucapan kepada Perhimpunan Agung PBB minggu lepas. Konflik terbaru Palestin-Israel juga telah mendorong kepada mesyuarat khas di kalangan negara-negara yang prihatin termasuklah Malaysia, bagi mencari penyelesaian segera kepada konflik yang semakin meruncing.

4. Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang di dalam penulisannya baru-baru ini pula telah menarik perhatian awam terhadap konflik terbaru Palestin-Israel ini. PAS juga telah menganjurkan bantahan terhadap Israel dalam siri perhimpunan di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu pada hari Jumaat lepas.

5. Maka tindakan Perdana Menteri kita berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel ibarat lagak 2 orang kawan seolah-olah tiada apa yang berlaku merupakan satu insiden pengkhianatan terdapat usaha Umat Islam antarabangsa untuk menekan dan meminggirkan Israel.

6. Ucapan kritikan Perdana Menteri yang menuduh Israel melakukan kekejaman nyah-kemanusiaan secara sistematik, kini dilihat tidak lebih daripada satu gimik politik yang dibayangi oleh insiden berjabat tangan tersebut. Ianya menghantar isyarat bahawa Malaysia sebenarnya memandang remeh terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin serta melemahkan premis rasmi penentangan negara terhadap Israel.

7. Keghairahan penyokong UMNO memberikan perdana menteri ini sambutan ibarat hero sekembali dari New York amat mengecewakan.

8. Kita akan mendesak YAB Perdana Menteri untuk memberi penjelasan rasmi di dalam sidang parlimen kelak dan memulakan usul untuk mencela tindakan perdana menteri berjabat dengan perdana menteri Israel.

9. Apa yang pasti, bukan sahaja kepimpinan perdana menteri di dalam isu domestik telah gagal malah beliau juga gagal membuat penegasan terhadap polisi luar negara yang sepenting ini. Sesungguhnya kegagalan perdana menteri kali ini berganda - ganda.
Sekian.

Oleh:
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
6 Oktober 2015

1 orang berkata:

Anonymous said...

Najib rasa bangga. .itulah gambaran sebenarnya

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.