Perdana Menteri Dato' Seri Najib Khianat Terhadap Perjuangan Palestin
- Butiran
- Diterbitkan: 06 Oktober 2015
- Ditulis oleh Nasrudin Hassan
Kenyataan Media Penerangan. 36
Perdana Menteri Dato' Seri Najib Khianat Terhadap Perjuangan Palestin
1. Walau apa pun alasan yang diberikan
oleh Pejabat Perdana Menteri, pertemuan di antara Perdana Menteri
Malaysia Dato’ Seri Najib dan Perdana Menteri Israel Bibi Netanyahu
tidak sepatutnya berlangsung sama sekali dan wajib dikecam. Nyata,
Perdana Menteri gagal mengambilkira sensitiviti konflik yang semakin
meningkat di rantau Timur Tengah khususnya di Palestin.
2. Di kala Perdana Menteri Malaysia
dirakamkan tersenyum bertemu ketua pengganas Israel itu dan dipuji pula
oleh akhbar negara haram tersebut, rakyat Palestin kini sedang terkepung
di Masjidil Aqsa untuk mempertahankan tanah suci Umat Islam itu dari
diceroboh oleh Israel.
3. Malah keseriusan konflik terbaru ini
mengundang reaksi keras dari Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang telah
membatalkan Perjanjian Oslo menerusi ucapan kepada Perhimpunan Agung PBB
minggu lepas. Konflik terbaru Palestin-Israel juga telah mendorong
kepada mesyuarat khas di kalangan negara-negara yang prihatin
termasuklah Malaysia, bagi mencari penyelesaian segera kepada konflik
yang semakin meruncing.
4. Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru
Hj. Abdul Hadi Awang di dalam penulisannya baru-baru ini pula telah
menarik perhatian awam terhadap konflik terbaru Palestin-Israel ini. PAS
juga telah menganjurkan bantahan terhadap Israel dalam siri perhimpunan
di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu pada hari Jumaat lepas.
5. Maka tindakan Perdana Menteri kita
berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel ibarat lagak 2 orang kawan
seolah-olah tiada apa yang berlaku merupakan satu insiden pengkhianatan
terdapat usaha Umat Islam antarabangsa untuk menekan dan meminggirkan
Israel.
6. Ucapan kritikan Perdana Menteri yang
menuduh Israel melakukan kekejaman nyah-kemanusiaan secara sistematik,
kini dilihat tidak lebih daripada satu gimik politik yang dibayangi oleh
insiden berjabat tangan tersebut. Ianya menghantar isyarat bahawa
Malaysia sebenarnya memandang remeh terhadap apa yang sedang berlaku di
Palestin serta melemahkan premis rasmi penentangan negara terhadap
Israel.
7. Keghairahan penyokong UMNO memberikan perdana menteri ini sambutan ibarat hero sekembali dari New York amat mengecewakan.
8. Kita akan mendesak YAB Perdana
Menteri untuk memberi penjelasan rasmi di dalam sidang parlimen kelak
dan memulakan usul untuk mencela tindakan perdana menteri berjabat
dengan perdana menteri Israel.
9. Apa yang pasti, bukan sahaja
kepimpinan perdana menteri di dalam isu domestik telah gagal malah
beliau juga gagal membuat penegasan terhadap polisi luar negara yang
sepenting ini. Sesungguhnya kegagalan perdana menteri kali ini berganda -
ganda.
Sekian.
Oleh:
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
6 Oktober 2015
Oleh:
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
6 Oktober 2015
1 orang berkata:
Najib rasa bangga. .itulah gambaran sebenarnya
Post a Comment