Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANG JANGAN DOK AJAQ ORANG HANG BERAMBUUUUUS

Hang jangan pandai-pandai buat cadangan, hang jangan dok ajaq PEH, hang jagalah NGO hang tu, orang PEH tahu hang ni sapa dan jenis apa ? hang buat kerja hang dan jangan kacau PEH, kalo PEH  dah tidak selari dengan pakatan harapan maka kita akan lawan sampai bila-bila selagi ada pengkhianat dan parti penentang dasar yang PEH bawa.
 
Mulut busuk hang ni dah lupa ? dulu hang dok serang PEH sampai PEH tak leh kata apa, masa tu hang bukan main lagi dok kacau PEH macam gila babi, la ni hang dah tak da dengan PEH hang jangau pandai-pandai ajaq kita, hang berambus jauh-jauh - Pak Karamu
 
 
'Lebih baik Pas sertai BN'
 Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi

ALOR SETAR - Pasma mencadangkan supaya Pas menyertai BN daripada bekerjasama dengan parti lain untuk membentuk blok politik ketiga bagi menghadapi PRU14.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, ini kerana pendekatan itu hanya akan merugikan pembangkang apabila berlaku perpecahan sokongan dan undi.

“Setakat ini matlamat untuk mewujudkan demokrasi yang berkesan hanya perlu ada sistem dua parti iaitu BN dan Pakatan Harapan.

“Tapi saya tengok penubuhan blok ketiga hanya merugikan pembangkang. Walaupun demokrasi dibenarkan tapi pembangkang yang rugi,” katanya.

Menurutnya, untuk menjadikan sistem demokrasi lebih berkesan, maka Pas tidak perlu mewujudkan blok ketiga, sebaliknya boleh memilih untuk menyertai BN ataupun Pakatan Harapan.

“Kalau kewujudan blok ketiga ini dilihat memihak kepada BN, maka lebih baik Pas sertai BN daripada merugikan pembangkang.

“Kita akan tunggu sehingga 16 Mac untuk lihat parti manakah yang akan bersama mereka (Pas). Tetapi saya tengok tak ada parti lain yang berpengaruh untuk bersama blok ketiga itu,” katanya.

Phahrolrazi berkata, penubuhan blok ketiga pembangkang itu juga diyakini tidak mampu memberi saingan kepada Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan Pas akan membentuk satu kerjasama baharu dengan sebuah parti politik untuk menghadapi PRU14.

2 orang berkata:

Unknown said...

Dok diam sudah la bahlolrazi oii.lagi pun hang dah tak dak kena mengena dgn Pas.Kepimpinan Pas tau la apa yg patut buat, tak payah ajar depa.jaga pasma hang tu.

Unknown said...

Dok diam sudah la bahlolrazi oii.lagi pun hang dah tak dak kena mengena dgn Pas.Kepimpinan Pas tau la apa yg patut buat, tak payah ajar depa.jaga pasma hang tu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.