Kumpul tandatangan tidak beri kesan terhadap PM
SHAH ALAM - Sejuta tandatangan yang dikumpulkan melalui Deklarasi
Rakyat tidak akan memberi kesan terhadap kedudukan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis
Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ini kerana
cara menukar perdana menteri melalui petisyen atau mengumpul
tandatangan tidak terkandung dalam Perlembagaan negara dan Akta Pilihan
Raya.
“Menukar perdana menteri hanya boleh melalui dua proses iaitu pilihan raya atau undi tidak percaya. Selain itu, tidak ada.
“Jadi kalau berlaku demikian (sejuta tandatangan), tindakan itu tidak selaras dengan Perlembagaan,” katanya, semalam.
Beliau mengulas mengenai usaha Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumpul sejuta tandatangan
rakyat Malaysia bagi mendesak Najib berundur.
Deklarasi itu seterusnya akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja untuk dipertimbangkan agar perdana menteri ditukar.
Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata, Majlis Raja-Raja juga tiada kuasa dalam pelantikan perdana menteri.
“Yang ada kuasa pelantikan perdana menteri hanya Yang di-Pertuan Agong,
tetapi proses itu perlu dijalankan selepas pilihan raya atau ketika
berlaku undi tak percaya,” katanya.
Ditanya sama ada Deklarasi Rakyat boleh mengubah objektifnya iaitu
mendesak pilihan raya diadakan segera, beliau berkata, tindakan itu juga
tidak betul.
“Kalau mereka nak tukar petisyen kepada desak Yang di-Pertuan Agong,
perlu bubar Parlimen. Itu tak betul. Yang di-Pertuan Agong hanya akan
bubarkan Parlimen setelah dinasihatkan apabila sampai masanya untuk
adakan pilihan raya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, usaha yang dilakukan melalui Deklarasi Rakyat
itu masih boleh dianggap sebagai sebahagian daripada proses demokrasi.
“Malaysia sebuah negara demokrasi dan apa yang dibuat oleh Deklarasi
Rakyat ini adalah untuk mengemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa
sejuta rakyat tidak bersetuju dengan pentadbiran sekarang.
"Sama juga dengan cara-cara lain seperti demonstrasi jalanan atau
tulisan kritikan di media. Tetapi dalam proses tukar kerajaan memang
kena ikut Perlembagaan,” katanya.
1 orang berkata:
Kerja bodoh juga ke mcm nazri kata pas buat kerja bodoh dgn isu hudud.entah entah nazri aziz tu yg bodoh sbb ada mulut tempayan.hari tu nasib baik sj tak kena dgn sultan al johor.eh masih tak insaf juga lg.org mcm tu nak kena petir baru nak sedar diri agaknya.bkn ke undang undang negara itu manusia yg cipta maka sudah tentu manusia dpt mengubahnya.sedang Allah itu pula yg lebih berkuasa.apa kita ingin menidakkan kuasa Tuhan dlm menentukan sesuatu perkara.kita disuruh beruasaha yg menjaya atau mengagalkannya adalah Allah.Allah yg memegang n membolak balikkan hati manusia.jika Dia ingin memberi keinsafan nazri azizpun akan sokong hudud
Post a Comment