Adalah lebih baik diantara ahli politik atau pemikir politik atau penganalisis politik berpandangan bahawa PAS/IKATAN adalah gabungan yang tidak kokoh dan kuat, dan tidak mungkin menyaingi BN dan PAKATAN HARAPAN, pandangan sebegini diharapkan akan menyelamatkan fahaman politik BLOK KETIGA. Pak Karamu rasa adalah tersangat baik jika kekuatan PAS/IKATAN buat masa kini DIPERTIKAIKAN daripada ianya diwar-warkan. KALAU TAK FAHAM TAK PA.
KATAKANLAH BAHAWA GABUNGAN PAS/IKATAN TIDAK KUKUH ! MAKA LAUNGAN ITU ADALAH SUATU KONSEP KESELAMATAN. TENTANG ISU HUDUD YANG DIPERJUANGKAN PAS ? ISU INI BAGUS JUGA DIWAR-WARKAN OLEH PEMIMPIN POLITIK, TERUTAMA YANG BERAGAMA ISLAM, ATAU YANG MENGAKU ISLAM KERANA MASALAH HUDUD ADALAH DIBAHU SETIAP YANG MENGAKU ISLAM, DARI PERENGKAT BAWAH HINGGALAH KEPERINGKAT YANG PALING ATAS TERUTAMA YANG MEMEGANG AMANAH AGAMA. LAGI MAHU KOMEN APA TENTANG DASAR YANG DIBAWA OLEH PAS DAN PIMPINANNYA ? - Pak Karamu
Gabungan Pas, Ikatan tidak kukuh
SHAH ALAM – Blok politik ketiga antara Pas dan Parti Ikatan Bangsa
Malaysia (Ikatan) bukanlah gabungan yang kukuh yang boleh menjadi
alternatif kepada BN dan Pakatan Harapan.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan
dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr
Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, hala tuju gabungan kedua-dua parti
itu tidak cukup jelas, malah kekuatannya boleh dipersoalkan.
“Ikatan adalah sebuah parti baharu, tidak cukup kuat. Bahkan Ikatan
dianggap sebagai parti ‘serpihan’ Umno, yang kecewa lalu menubuhkan
sebuah parti.
“Kita juga tidak tahu sejauh mana kekuatan Ikatan di peringkat akar
umbi, berapa jumlah keahliannya. Rakyat juga tidak mengenali parti ini,”
katanya.
Selain itu, katanya, isu yang bakal diperjuangkan juga tidak
bermatlamat untuk mencapai kuasa, sebaliknya memilih pendekatan politik
lebih matang dan menasihati kerajaan dengan mengemukakan pandangan bukan
sahaja di Parlimen tetapi dengan cara berdepan dan bukan secara
ekstrem.
“Jika isu yang dijadikan agenda perjuangan tidak bermatlamat mencapai
kuasa, saya rasa baik bubar sahaja Pas menjadi NGO dan perjuangkan isu
yang bercorak keislaman,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan kerjasama kedua-dua parti itu yang lebih
menumpukan agenda umum berbanding isu hudud seperti yang diperjuangkan
Pas sebelum ini.
“Soalnya, apa bezanya ketika Pas bersama dengan PR sebelum ini?
“Gabungan ini tidak jelas apa hala tujunya. Ia dilihat seolah-olah
Ikatan mahu mengambil kesempatan ke atas Pas. Persoalannya di mana
kekuatan gabungan ini, adakah mereka boleh menjadi kekuatan kepada BN
dan Pakatan Harapan?” katanya.
Bagaimanapun Mohd Azizuddin tidak menafikan, blok politik ketiga ini
mempunyai kekuatan di Kelantan dan Terengganu, namun jika gabungan ini
dikekalkan sehingga ke hari pilihan raya umum akan datang, ia hanya akan
memecahkan undi BN dan Pakatan Harapan.
“Silap langkah, Kelantan boleh dikalahkan oleh BN dan Pakatan Harapan.
Namun jika blok politik baharu ini kuat, ia boleh mengimbangi kuasa BN
dan Pakatan Harapan.
“Untuk mengukuhkan gabungan Pas dan Ikatan ia memerlukan kerjasama dari
kumpulan dan parti politik yang sudah kukuh terutama dari Sabah dan
Sarawak selain perlu mempunyai pemimpin berkaliber,” katanya.
Katanya, tiada masalah menubuhkan blok politik ketiga tetapi untuk
mendapat kuasa agak terbatas kerana kekangan yang ada selain Pas telah
‘mengorbankan’ isu hudud yang diperjuangkan sebelum ini.
“Pada saya, Pas bukannya melangkah ke hadapan tetapi terkebelakang.
Berkaitan isu hudud ia seolah-olah memakan diri Pas, kerana punca
perpecahan PR adalah kerana Pas mahu hudud dilaksanakan,” katanya.
3 orang berkata:
PAS + IKATAN = PASIK @ MUNAPIK
Itu jer yang dapat dikatakan setakat ini.
Sekian.
Terma kasih.
KAH KAH KAH KAH ...
Marah nampak...sebenarnya mosabit yg tu munapik
Tak marah..cuma kesian dgn walaun2 Hadi yg sekongkol dgn parti penjual agama. Pengkhianat Islam sebenar.
Post a Comment