Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS DAN IKATAN KENA BERGERAK DARI SEKARANG

Dulu tak boleh tunjuk langsung sokong kerajaan
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Pas hari ini menegaskan parti itu dan rakan komponennya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak akan menjadi pembangkang yang hanya tahu membangkang tanpa asas.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerjasama politik kali ini agak berbeza dengan kerjasama parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat yang disertai DAP dan PKR sebelum ini.

“Kalau dulu kita dalam Pakatan Rakyat, kami tak boleh tunjuk langsung yang kita ini menyokong apa yang dilakukan oleh kerajaan. Tak ada yang baik langsung.

“Tapi pada kita (Pas-Ikatan) sekarang ini, yang baik itu, (kita kata) baiklah,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas pengumuman pembentukan blok politik ketiga, di sini, hari ini.

Hari ini, Pas mengumumkan Ikatan sebagai rakan komponennya yang membentuk blok politik ketiga di negara ini selepas BN dan Pakatan Harapan.


Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, blok politik ketiga itu akan menyokong mana-mana dasar kerajaan yang baik untuk rakyat dan membangkang mana-mana yang merugikan rakyat.

“Ada perkara yang kita bangkang, kita minta kerajaan baiki...ubah dan jika kerajaan buat sesuatu yang baik, kita perlu terimalah. Untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan kita.

“Bukan kami nak jadi menteri atau jawatan lain. Tidak ada. Jika ada kerajaan tidak betul, kita tegur dan minta mereka ubah. Itu beza kita dengan (pakatan) dulu,” katanya.

Menurutnya lagi, sebelum memilih untuk bersama Ikatan, Pas telah lama mengenali pemimpin-pemimpin Ikatan sekarang ini.

“Sebelum kami ‘kahwin’, kami sudah lama mengenali. Malah Ikatan sudah lima, enam kali bersama dalam Muktamar Pas, program Pas juga beliau hadir.

“Baru-baru ini kita ada Kongres Rakyat pun, beliau salah seorang panel. Jadi, setiap parti itu merasa senang antara satu sama lain,” katanya.

Takiyuddin berkata pihaknya berharap agar rakyat dapat menilai peranan kedua-dua parti itu dengan lebih efektif melalui pendekatan yang diambil sekarang.

“Sebagai sebuah parti politik kita akan bertanding dalam pilihan raya. Kalaulah kita dipilih sebagai wakil di peringkat Parlimen dan sebagainya, kita akan bawa mesej yang jelas.

 “Kita bukan pembangkang yang hanya tahu membangkang sahaja tetapi kita bangkang perkara yang merugikan rakyat dan perkara-perkara tidak baik seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tindakan yang membelakangkan kepentingan rakyat hingga mewujudkan jurang antara orang kaya dengan miskin. Jadi, itu perjuangan kita sekarang,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Cepat la umum hudud agenda utama, mengatasi segala galanya. Kalau tak umum, pas nampak hipokrit. Ikatan harus hati hati, jangan mengada nak duduk setaraf dengan pas, pas ni kedudukan dia tinggi...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.