Rayani Air: Beri masa hingga minggu depan
SHAH ALAM – Pengarah Urusan syarikat penerbangan patuh syariah, Rayani
Air, A Ravi akan memberikan penjelasan berhubung beberapa isu yang
dibangkitkan oleh kakitangan syarikatnya.
Ravi ketika dihubungi Sinar Online berkata, beliau akan memberikan
kenyataan berhubung perkara tersebut pada minggu hadapan memandangkan
buat masa sekarang, beliau tidak boleh memberikan sebarang kenyataan.
“Saya tidak mahu komen. Minggu depan (akan beri penjelasan),” katanya
menerusi aplikasi WhatsApp kepada kepada Sinar Online, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gaji sangkut: Pekerja Rayani Air tekad lantik peguam]
Dalam satu sidang media semalam, wakil kakitangan syarikat itu,
Zulkalnain Azlan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang
sekiranya pihak pengurusan masih belum menjelaskan bayaran gaji
bertarikh 28 Mac lalu.
Zulkalnain berkata, pihaknya telah melantik peguam untuk menjalankan
prosiding undang-undang sekiranya bayaran gaji masih belum diperoleh
sehingga Selasa depan.
0 orang berkata:
Post a Comment