Syiah berselindung sebalik pusat pendidikan pra sekolah
Abdullah menunjukkan antara buku yang dihasilkan oleh penulis berhubung ajaran syiah.
KUALA LUMPUR - Ajaran syiah di negara ini dilihat semakin berkembangan
dalam bidang ekonomi serta dapat memberi ancaman kepada masyarakat, kata
Timbalan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ulamak Kedah, Abdullah Din.
Abdullah mendakwa, terdapat pengikut syiah yang mengembangkan ajaran
berkenaan melalui bidang ekonomi dan antaranya adalah seperti membuka
syarikat pengurusan haji dan umrah serta pusat pendidikan pra sekolah.
"Sebagai contoh, sebuah pusat pendidikan pra sekolah yang agak popular
di negara ini turut diterajui oleh pengikut syiah dan ini amat
membimbangkan khususnya bagi anak-anak yang dihantar ke situ.
"Saya harap pihak berkuasa dapat buat sesuatu terhadap pusat pendidikan
yang dikenal pasti itu bagi menggelakkan ia mengembangkan ajaran syiah
kepada anak-anak yang dihantar ke situ," katanya kepada media ketika
Majlis Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia
Islam yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini
Menurut Abdullah, sekiranya ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat
pendidikan pra sekolah terbabit, ia sekali gus membantu pihak berkenaan
mengembangkan ajaran syiah dengan menguatkan ekonomi mereka.
Selain daripada itu, Abdullah berkata ajaran syiah sewajarnya
dibanteras secara berterusan dan bukannya hanya berkala bagi memastikan
ia tidak berkembang di negara ini.
"Usaha banteras ajaran syiah ini diharap bukan berkala dan bukan hanya bila isu panas saja.
"Ia libatkan isu akidah dan musuh tidak berhenti, jika kita berhenti sampai bila nak tangani perkara ini," katanya.
Dalam pada itu, Abdullah yang turut aktif dalam menangani perkembangan
syiah di negara ini turut memaklumkan bahawa pelbagai pendekatan telah
diambil oleh banyak pihak sebelum ini bagi menggelakkan penularan ajaran
berkenaan dan antaranya ialah melalui penulisan buku karya kreatif.
"Saya seru para penulis di negara ini yang sayangkan akidah jangan
asyik menulis novel cinta saja dan hasilkan karya-karya untuk tangani
syiah," katanya.
1 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment