Gaji sangkut: Pekerja Rayani Air tekad lantik peguam
Zulkarnain bersama peguam dan kakitangan Rayani Air dalam sidang media di Sepang, hari ini. Foto Sinar TV: Yusrizal Yusof
SEPANG - Kakitangan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara,
Rayani Air menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya
pihak pengurusan masih belum menjelaskan bayaran gaji bertarikh 28 Mac
lalu.
Pengurus Stesen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2),
Zulkalnain Azlan berkata, pihaknya telah melantik peguam untuk
menjalankan prosiding undang-undang sekiranya bayaran gaji masih belum
diperoleh sehingga Selasa depan.
"Pihak pengurusan telah menjanjikan beberapa tarikh pembayaran gaji kepada kami.
"Antara tarikh yang dijanjikan oleh pihak pengurusan termasuk 28 Mac, 2
April, 5 April, 7 April, 11 April dan beberapa tarikh lagi, namun
sehingga kini kami masih belum memperoleh sebarang jawapan daripada
mereka," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Kegagalan Rayani Air melunaskan bayaran gaji kepada kakitangannya
menyebabkan sebilangan pekerja syarikat penerbangan itu enggan
meneruskan tugas seperti biasa.
Kegagalan tersebut menyebabkan lumpuhnya operasi Rayani Air, selain
menyebabkan syarikat penerbangan itu kehilangan pelabur dari luar
negara.
Sinar Online cuba menghubungi pengurusan Rayani Air, bagaimanapun panggilan tidak mendapat maklum balas.
1 orang berkata:
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.
Post a Comment