Tindih kerusi: PKR pilih 'move on'
PETALING JAYA - PKR memilih untuk terus bergerak ke hadapan dan tidak
mahu isu pertindihan kerusi yang berlaku antara parti itu dengan rakan
komponennya sebagai penghalang usaha mereka menumbangkan BN di Sarawak.
Pengarah pilihanrayanya, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya memilih
untuk terus 'move on' sehingga selesai Pilihanraya Negeri (PRN) di
Sarawak, 7 Mei ini.
"Saya pilih untuk tidak fokus pada itu (pertindihan kerusi) saya pilih untuk 'move on'.
"Maknanya terus bergerak ke hadapan dengan pilihanraya ini dan
meminjamkan sokongan kepada calon-calon kami," katanya pada sidang media
di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Penamaan calon PRN Sarawak menyaksikan PKR bertembung enam kerusi dengan DAP dan tiga kerusi dengan Pas.
Ketika ditanya tentang kemungkinan PKR mengalah dengan DAP dalam
keenam-enam kerusi itu, Nurul Izzah berkata, "kami benar-benar mahu
fokus kepada pilihanraya dan biarkan calon terbaik menang.
Nurul Izzah juga menyifatkan hubungan partinya dengan DAP kukuh dan yakin kedua-duanya dapat mendepani krisis itu.
Pertembungan enam kerusi Dun antara PKR dengan DAP adalah di Mulu, Mambong, Ngemah, Murum, Simanggang dan Batu Kitang. Manakala pertembungan dengan Pas di Kakus, Jepak dan Lambir.
PRN Sarawak kali ini menyaksikan 82 Dun dipertandingkan, dan dari
jumlah itu, dua Dun telah dimenangi BN tanpa bertanding iaitu di Dun
Bukit Sari dan Dun Bukit Kota.
0 orang berkata:
Post a Comment