Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

warga emas dan oku dibunuh sebab tak bagi duit

Pelajar pukul warga emas OKU sampai mati
Pelajar pukul warga emas OKU sampai mati
Orang ramai termasuk saudara-mara dan jiran hadir ke rumah mangsa untuk menanti ketibaan jenazah dari HTAJ Sabak Bernam. Gambar kecil: Mohd Napiah.

PASIR PANJANG – Seorang warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) buta dan pekak ditemui jirannya terbujur kaku berlumuran darah di sebuah rumah, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa, Mohd Napiah Ali, 74, yang tinggal bersendirian ditemui mati terlentang di rumahnya di Kampung Parit 10 Pasir Panjang akibat dipukul menggunakan kayu seorang suspek berusia 16 tahun.

Jiran mangsa, Abu Samah Amir, 55, berkata, dia dan seorang anaknya ke rumah mangsa selepas isterinya memaklumkan rumah yang dihuni lelaki itu gelap selepas dihubungi seorang jirannya yang baharu pulang menunaikan solat Isyak di masjid.

“Lepas mandi saya dan anak terus ke rumah arwah. Masa sampai di rumah arwah, saya terkejut bila tengok pintu depan rumah dah terkopak. “Saya juga nampak kesan tapak kaki berdarah di luar rumah arwah.

“Keadaan rumah arwah masa tu gelap dan saya terpaksa suluh guna lampu motosikal nak tengok apa yang berlaku, tapi terkejut bila nampak arwah terlantar di situ,” katanya.

Menurut Abu Samah, dia dan anaknya kemudian terus ke rumah seorang jirannya, Mohamad Toel Tokemin, 58, bagi memaklumkan tentang kejadian itu.

“Kami bertiga ke rumah itu semula. Bila disuluh lampu, memang nampak arwah dalam keadaan mengerikan. Kawan saya terus hubungi Balai Polis Sekinchan maklumkan tentang kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10.18 malam.

Menurutnya, hasil siasatan di tempat kejadian telah menahan seorang pelajar sebuah sekolah di daerah ini yang dilihat dalam keadaan mencurigakan berada di pekarangan masjid yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

“Siasatan menyeluruh polis yang dijalankan bersama Pasukan Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah menemui beberapa barang bukti yang boleh membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian dipercayai berlaku apabila suspek meminta wang dari mangsa, tetapi tidak dilayan lelaki itu sebelum remaja terbabit bertindak memukul mangsa di bahagian kepala dengan sebatang kayu hingga mengalami pendarahan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.