Hilang kerja, dihalau selepas peluk Islam
SHAH ALAM - Seorang lelaki berketurunan Sikh kelahiran India, Harinder
Pal Singh mengakui hilang pekerjaan serta dihalau dari rumah sewa
selepas memeluk Islam ketika sesi ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki
Nasional Bukit Jalik 14 April lalu.
Harinder berkata, dia kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta
kerana kontraknya tidak diperbaharui dan turut dihalau keluar rakan
serumah kerana bimbang akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran
Islam.
"Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.
Katanya lagi, dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan
dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan
akhiratnya.
Sementara itu, memetik My News Hub penyanyi Noh Hujan yang kini berada
di Timur Tengah bersama isterinya Mizz Nina bersedia membantu Harinder
dengan menawarkan pekerjaan di restoran miliknya.
0 orang berkata:
Post a Comment