Pekerja Rayani Air: Nak beli susu anak tak lepas!
SEPANG - "Kami nak beli susu anak pun tak lepas. Ada antara pekerja
yang terpaksa keluar daripada bilik sewa, malah bank sudah mula hubungi
kami untuk meminta kami jelaskan bayaran kereta," kata wakil kakitangan
Rayani Air, Zulkalnain Azlan.
Menurutnya, kakitangan Rayani Air kini berhadapan dengan kesukaran
mendapatkan peluang pekerjaan berikutan masalah yang dihadapi syarikat
itu.
Malah Zulkalnain turut mendakwa terdapat syarikat penerbangan tempatan
mengeluarkan surat rasmi untuk tidak membenarkan pekerja Rayani Air
bekerja di syarikat itu.
"Kami tidak boleh cari kerja lain. Semua (kakitangan syarikat) mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baharu.
"Buat masa sekarang kami tak ada buat apa-apa. Memang kami dalam kesusahan," katanya ketika ditemui Sinar Online.
Sehubungan itu, pihak Zulkalnain mendesak pihak pengurusan Rayani Air
melunaskan segera pemberian gaji kepada kakitangan syarikat itu.
0 orang berkata:
Post a Comment