Muhammad Ibrahim dilantik Gabenor BNM baharu
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini
mengumumkan pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank
Negara yang baru, berkuat kuasa 1 Mei.
Katanya, Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Muhammad
untuk tempoh lima tahun akan datang bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti
Akhtar Abdul Aziz.
"Saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia
akan meneruskan sumbangannya dalam membantu Kerajaan, memberi nasihat
dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara.
“Ini termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan
industri kewangan dengan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari
ini.
AKAN MENYUSUL
0 orang berkata:
Post a Comment