Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LIMA PENJURU


 


 
Lima Dun berdepan pertandingan lima penjuru
PRN Sarawak
Grafik Sinar Online

KUCHING - Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) menyaksikan lima kawasan Dun berdepan pertandingan lima penjuru, termasuk kerusi baharu - Bukit Kitang dan Bukit Semuja.

Tiga lagi adalah Dudong, Bawang Assan dan Jepak, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata 12 lagi kawasan menyaksikan pertandingan empat penjuru termasuk tiga kerusi baharu - Serembu, Murum dan Mulu.     

Selain itu adalah kawasan Opar, Sadong Jaya, Balai Ringin, Simanggang, Engkilili, Meluan, Ngemah, Bekenu dan Pujut.

Sejumlah 27 kerusi pula melibatkan pertandingan tiga penjuru termasuk Gedong dan Samalaju.

Yang lain adalah Samariang, Padungan, Batu Lintang, Batu Kawah, Muara Tuang, Mambong, Kedup, Simunjan, Sebuyau, Lingga, Beting Maro, Jemoreng, Repok, Pakan, Machan, Bukit Assek serta Palawan.
Selain itu, Nangka, Tamin, Kakus, Pelagus, Tanjung Batu, Lambir, Senadi dan Marudi.

Sementara 36 kawasan lagi membabitkan satu lawan satu termasuk empat kerusi baharu di Stakan, Kabong, Tellian dan Bukir Goram.

Dalam pada itu, tiga daripada 13 calon langsung BN berdepan pertandingan lima penjuru iaitu penyandang kerusi Bawang Assan, Datuk Seri Wong Sook Koh yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak, serta merupakan bekas Presiden UPP.

Yang lain adalah John Ilus di Bukit Semuja dan Datuk Tiong Thai King di Dudong.

Enam lagi calon langsung BN menghadapi pertandingan empat penjuru iaitu Ranum Mina (Opar), Miro Simuh (Serembu), Dr Johnical Rayong (Engkilili), Rosey Yunus (Bekenu), Datuk Hii King Chiong (Pujut) dan Datuk Gerawat Gala (Mulu).

Sementara tiga lagi termasuk Menteri Pembangunan Sosial Sarawak, Tan Sri William Mawan Ikom, yang merupakan bekas Presiden Teras, berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru dalam mempertahankan kerusinya di Pakan.

Selain itu ialah penyandang kerusi Mambong, Datuk Dr Jerip Susil dan Datuk Janet Lau yang bertanding kerusi Palawan.

Calon langsung BN, Paulus Palu Gumbang pula berdepan satu lawan satu dengan calon Bebas, Ali Adap bagi kerusi Batu Danau.    

Pemilihan calon langsung itu terdiri daripada pemimpin dan anggota parti mesra BN iaitu UPP dan Teras, yang merupakan parti serpihan SUPP dan SPDP.

Calon langsung BN yang pertama kali diperkenalkan oleh BN Sarawak itu adalah dengan menurunkan calon 'boleh menang' pada PRN kali ini.

Ini merupakan strategi Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem untuk menyelesaikan pertikaian antara parti-parti politik yang enggan berkompromi berkaitan peruntukan kerusi dan calon.

Sebanyak 80 kerusi Dun dipertandingkan pada PRN kali ini, memandangkan calon BN untuk Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Dr Abdul Rahman Ismail bagi Bukit Kota, menang tanpa bertanding. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.