Satu lawan satu: PKR, DAP perlu putuskan segera
SHAH ALAM - Pemimpin DAP dan PKR digesa mencari jalan terbaik bagi
menentukan keputusan satu lawan satu menentang BN dalam Pilihan Raya
Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, perkara
tersebut perlu diselesaikan segera demi kebaikan parti masing-masing dan
rakyat Sarawak.
"Kami sangat mengharapkan pemimpin DAP dan PKR di peringkat nasional
dan negeri dapat mencari jalan terbaik sebelum hari pembuangan undi agar
hanya satu lawan satu menentang BN dalam PRN Sarawak kali ini.
"Saya yakin pemimpin DAP dan Keadilan berupaya melakukan yang tebaik
untuk Pakatan Harapan di Sarawak dan negara," katanya menerusi
kenyataan, semalam.
Pakatan Harapan memutuskan untuk bertanding satu lawan satu antara PKR, DAP dan Amanah pada PRN Sarawak akan datang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi sidang
media 11 April lalu berkata, pihak telah mencapai persetujuan bagi
mengelakkan daripasa berlakunya sebarang pertembungan antara sesama
mereka.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pakatan Harapan umum satu lawan satu di Sarawak]
"Saya juga berkeyakinan penuh bahawa dengan fikiran waras jalan
penyelesaian terbaik dapat dicari supaya Pakatan Harapan dapat
merealisasikan harapan rakyat di Sarawak dan seluruh negara," kata
Mohamad lagi.
1 orang berkata:
pakatan harapan yg tiada harapan nak selesaikan pertembungan sama sendiri. mat sabu lagi tak ada harapan nak selesaikan...kantoi.
Post a Comment