Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA MAHADHIR DIDAKWA MUNGKIN DIA TAMBAH POPULAR

AG belum lihat kertas siasatan terhadap Mahathir
Mahathir Mohammad
Mahathir Mohammad

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau belum melihat kertas siasatan yang dibuka polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mohamed Apandi, kertas siasatan sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara namun sehingga kini belum ada pegawai bawahan yang merujuk kepada beliau berkenaan hal itu.

"Belum lagi... saya belum tengok kertas siasatan itu lagi. Saya Peguam Negara, di bawah saya ada bahagian pendakwaan. Mereka (polis) mungkin hantar (kertas siasatan) kepada pegawai saya iaitu Ketua Bahagian Pendakwaan.


"Mereka perlu kaji dan dalam analisis akhir, jika mereka mahu buat keputusan baru mereka rujuk kepada saya. Tetapi sampai sekarang belum dirujuk kepada saya lagi," katanya kepada media selepas majlis luncheon talk bersama editor dan pengamal media anjuran Institut Kewartawanan Malaysia (MPI), di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis telah membuka empat kertas siasatan terhadap Mahathir dan sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Kertas siasatan tersebut dibuka susulan laporan polis yang dibuat terhadap Mahathir yang sering mengkritik pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk berhubung isu sumbangan RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan siasatan 1MDB, Mohamed Apandi berkata, beliau sudah mengarahkan siasatan lanjut berkenaan personaliti-personaliti lain yang mungkin terlibat.
“(Tetapi) saya belum menerima kembali kertas siasatan berkaitan arahan itu,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.