PKR-DAP sudah mula berbalah?
KUCHING - Tindakan naib pengerusi PKR Sarawak Boniface Willy Tumek
keluar parti membayangkan perbalahan berhubung dengan pengagihan kerusi
dengan DAP bagi pilihan raya Sarawak ke-11.
Tumek berkata, PKR telah gagal mendapatkan pencalonannya bagi kawasan
Tasik Biru dan membenarkan DAP mengambil alih kerusi yang ditandingi
oleh PKR pada 2011.
Memandangkan pencalonan bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri ditetapkan
pada Isnin, PKR belum mengumumkan calon-calon mereka dan kawasan yang
mereka akan bertanding dan ini membayangkan kemungkinan kedua-dua parti
bertelagah mengenai pengagihan kerusi.
PKR sebelum ini dilaporkan mengintai untuk bertanding 40 kerusi. Pada
2011, parti itu bertanding 49 kerusi dan menang tiga kerusi.
DAP berkata, ia akan bertanding 30 kerusi, satu kerusi lebih daripada
diumumkan sebelumnya dan menyenaraikan Bukit Goram untuk ditandingi
selepas presiden Parti Pekerja Sarawak, Larry Sng, yang berhasrat untuk
bertanding di kerusi itu, meninggalkan parti.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengumumkan 29 calon dengan
baki seorang lagi calon akan diumumkan menjelang Sabtu. Mordi Anak Bimol
dipilih untuk bertanding di Tasik Biru.
Ketika ditanya sama ada perbincangan selanjutnya akan diadakan dengan
PKR mengenai pengagihan kerusi, Chieng Jen menjawab "Tidak."
Beliau berkata, DAP negeri itu berpegang kepada persetujuan mengenai
pengagihan kerusi antara kepimpinan kebangsaan kedua-dua parti.
"Saya berharap PKR akan menghormati perjanjian dan tidak mengubahnhya.
Jika tidak, pengundi tidak akan mempunyai keyakinan kepada parti,"
katanya.
Sementara itu, Pengerusi PKR negeri, Baru Bian berkata, beliau setakat ini belum mengumumkan nama calon parti.
"Masih ada beberapa hari lagi sebelum hari penamaan calon. Kami ingin mengelakkan pertindihan kerusi," katanya.
Pada 2011, PKR menurunkan John Tenewi Nuek dalam pertandingan tiga
penjuru dengan BN dan SNAP. Datuk Peter Nansian mengekalkan kerusi itu
untuk BN dengan majoriti 2,072 undi. - Bernama
2 orang berkata:
Haha percaya lagi pd dap.la baru tau dap blh buat kawan ka tak.
Haha percaya lagi pd dap.la baru tau dap blh buat kawan ka tak.
Post a Comment