Malaysia negara terendah kos tunai haji
PASIR PUTEH - Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kos menunaikan
ibadat haji bagi jemaah negara ini terendah berbanding negara-negara
Asean lain.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi
Dusuki berkata, kos setiap jemaah negara ini yang mengerjakan haji kali
pertama hanya RM9,980, jauh lebih rendah berbanding negara jiran antara
RM5,512 hingga RM54,000.
Katanya, kos rendah itu kerana Tabung Haji mengeluarkan subsidi sebanyak RM8,910 atau hampir separuh daripada kos sebenar.
"Tanpa subsidi itu, setiap jemaah haji terpaksa menanggung kos sebanyak
RMRM18.890, inilah kelebihan kita sebagai jemaah haji Malaysia.
"Jemaah haji di sesetengah negara bukan sahaja mengeluarkan
perbelanjaan tinggi untuk mengerjakan ibadat itu malah dibebankan dengan
kos lain seperti makan dan perubatan yang mana ia dinikmati secara
percuma jemaah kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Kursus Asas
Haji 1437H Peringkat Jajahan Pasir Puteh di Masjid Ibrahimi di sini,
semalam.
Dr Asyraf Wajdi berkata, bakal haji Malaysia juga diberi jaminan mereka
akan tinggal di hotel-hotel berdekatan dengan Masjidil Haram di Mekah
tahun ini.
"Mereka menginap tidak lebih satu kilometer jaraknya daripada Masjidil
Haram kerana kita mahu mereka mengerjakan ibadat haji dengan lebih
selesa," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment