SULTAN SELANGOR ADALAH SULTAN YANG SENTIASA MENGAMBIL BERAT TENTANG AGAMA, DIA TAKUT DENGAN AJARAN SESAT TERUS MENULAR, SEPERTI MINUM ARAK,KAKI PEREMPUAN, JUDI DAN SAHAM HARAM, SEMUA INI PERLU DIBENTERAS DAN DITANAM, PENDEK KATA SIAPA YANG BELAKANGKAN AL QURAN DAN HADIS SEMUANYA SESAT - Pak Karamu
Sultan Selangor bimbang pengaruh ajaran sesat
SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan
kebimbangan terhadap pengaruh ajaran sesat yang masih gagal dibanteras
sepenuhnya di negeri ini.
Sultan Sharafuddin bertitah baginda tidak mahu rakyat Selangor
terjerumus dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah dan
amalan, kesan daripada pengaruh halus yang dilakukan oleh individu sesat
dan berkepentingan.
Lebih membimbangkan, titah baginda, ialah apabila suasana kehidupan,
perpaduan, kesatuan dan kerukunan hidup bermasyarakat semakin hilang.
"Perasaan saling hormat-menghormati, bersaudara dan berkasih sayang
semakin terhakis, disebabkan sentimen politik yang tidak berkesudahan,
manakala budaya fitnah dan suka mempamerkan keaiban orang lain semakin
berleluasa dalam masyarakat.
"Fitnah dalam era dunia teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan
ini, menjadi duri dalam daging kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat.
Negara dan empayar yang kuat juga boleh musnah kerana fitnah," titah
baginda semasa menutup Program Multaqa Pegawai Masjid, Guru Takmir dan
Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) peringkat Selangor di sini hari
ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir
Baharom, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ketua
Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha,
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib
Mohd Isa, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim
dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri
Noh Omar.
Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin bertitah, program multaqa yang
dianjurkan hari ini tepat pada masanya sebagai usaha serta platform
kepada Jakim, Mais dan Jais dalam menyampaikan isu-isu semasa dan
terkini berhubung kepentingan umat Islam.
"Beta ingin menegaskan, telah sampai masanya untuk kita semua membuka
mata dan memberi perhatian mendalam serta berbincang dan bertukar-tukar
pendapat seterusnya mencari penyelesaian terhadap isu-isu semasa
melibatkan umat Islam sejak akhir-akhir ini," katanya.
Sultan Selangor bertitah, baginda juga sentiasa mengingatkan pihak Mais
dan Jais supaya memastikan institusi masjid menjadi zon aman dan pusat
ibadah yang kondusif serta tidak digunakan sebagai tempat berpolitik.
Guru-guru Kafa juga hendaklah mengajar dengan baik dan memastikan
murid-murid mendapat pelajaran yang berkualiti, titah baginda.
"Bagi memastikan nasihat beta dapat direalisasikan, pihak Mais, Jais
dan semua pegawai tadbir Agama Islam daerah hendaklah memastikan hanya
penceramah bertauliah sahaja dibenarkan menyampaikan kuliah atau
ceramah.
"Nazir-nazir masjid serta pengerusi-pengerusi surau pula hendaklah
mematuhi Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) yang dikeluarkan
oleh Mais, dalam memanggil penceramah-penceramah untuk berceramah di
masjid dan surau masing-masing," titah baginda.
Sultan Sharafuddin dalam pada itu berterima kasih kepada Kerajaan
Persekutuan melalui Jakim yang bersedia membantu kerajaan negeri
Selangor dalam menyediakan peruntukan hampir RM38 juta untuk bayaran
elaun seluruh imam masjid kariah di negeri ini dan juga elaun mengajar
guru-guru takmir, elaun guru Kafa dan penolong pegawai penyelaras takmir
masjid.
Terdahulu, baginda berkenan menerima cek bernilai RM37.96 juta
sumbangan Kerajaan Persekutuan yang disampaikan Jamil Khir serta
melancarkan buku 'Tokoh-Tokoh Ulama Melayu Nusantara'.
Sementara itu, Haris dalam ucapannya berkata sumbangan Kerajaan
Persekutuan itu secara tidak langsung membantu kerajaan negeri yang
menyediakan peruntukan tahunan berjumlah RM79.4 juta, selain sumbangan
tahunan Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM28 juta kepada Jais.
Beliau berkata keseluruhan peruntukan berjumlah RM145.4 juta itu akan
digunakan untuk membayar elaun 6,860 guru Kafa, 727 imam masjid-masjid
kariah,
121 guru takmir dan sembilan penolong pegawai penyelaras takmir daerah. – Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment