21 ditahan dalam majlis anugerah ‘Datuk Naning’
MELAKA - Seramai 21 individu ditahan dalam satu penganjuran majlis
penganugerahan pingat dan darjah kebesaran 'Datuk Naning' di sebuah
resort di Alor Gajah di sini kelmarin.
Op Naning yang dilakukan kira- kira jam 11.30 malam itu diketuai Ketua
Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim bersama
pegawai polis dari Alor Gajah dan Ibuprjabat Polis Kontinjen (IPK)
negeri.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Din berkata, seramai 47 individu
menerima pingat dan darjah kebesaran, namun 21 yang berjaya ditahan
ketika makan malam sebaik selesai majlis penganugerahan.
Kes disiasat mengikut seksyen 419 kanun keseksaan kerana menipu secara penyamaran.
0 orang berkata:
Post a Comment