Arul perlu dedah penipuan dalam 1MDB, kata Pas
SHAH ALAM – Pas hari ini menggesa Pengarah Eksekutif 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy mendedahkan penipuan
dalam badan pelaburan kerajaan itu.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Arul yang
merupakan individu terbesar dalam badan tersebut sudah pasti dapat
mengesan pihak dalaman yang mungkin telah bekerjasama melakukan
penipuan.
“Memandangkan Arul berkali-kali menyatakan hasrat untuk meletakkan
jawatan, kami sarankan beliau dedahkan segalanya sebelum berundur
“Arul wajib mendedahkan maklumat-maklumat tersebut kepada umum sebelum
ada tangan ghaib cuba menutupnya menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA),”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Arul dalam satu wawancara mendakwa kemungkinan berlaku
penipuan besar dan wujud kemungkinan terdapat kerjasama daripada
pihaknya sendiri dalam isu kemelut 1MDB dengan International Petroleum
Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar BVI) yang
tidak diakui IPIC sebagai anak syarikatnya.
Arul berkata, sekiranya apa yang didakwa IPIC itu benar bahawa Aabar
BVI tidak ada kena mengena dengan syarikat induk itu, 1MDB telah ingkar
dalam membayar hutang sejak Disember 2015.
Mengulas perkara tersebut, Tuan Ibrahim menambah, Arul perlu
bekerjasama dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagi
merungkai isu itu.
“Ini penting jika Arul ingin mengecapi ketenangan selepas meninggalkan
1MDB kerana pendedahan akan menyebabkan peluang beliau tidak dikambing
hitam terhadap apa yang berlaku sebelum beliau diamanahkan menguruskan
hutanG 1MDB.
“Sebagai seorang yang bijak, Arul sudah tentu dapat belajar daripada
episod malang yang menimpa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi,” katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment