Seng Giaw setuju laporan 1MDB dibentang di Parlimen
SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC), Dr Tan Seng Giaw bersetuju laporan Ketua Audit Negara mengenai
1MDB dibentangkan di Parlimen dan tidak diklasifikasikan sebagai rahsia
negara.
Menurutnya, laporan itu perlu dibentangkan di Parlimen, di mana ahli
Dewan Rakyat yang mewakili pengundi berhak mengetahui kandungan laporan
tersebut dan bukannya diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
“Pada pendapat saya, sudah menjadi amalan sebarang laporan dibentangkan
di dalam Parlimen, sekali gus menjadikan ia bersifat terbuka dan boleh
ditafsirkan oleh setiap ahli dewan.
“Ia perlu dibentangkan di Parlimen. Kita perlu ikut amalan di Parlimen.
Mengapa ia perlu dirahsiakan jika tiada sebab atau asas yang
benar-benar memerlukan ia dirahsiakan?”, katanya ketika dihubungi Sinar
Harian.
Beliau berkata, pembentangan laporan itu juga dapat mengurangkan
pelbagai spekulasi kerana terlalu banyak khabar angin dan tafsiran
sehingga mengabaikan fakta sebenar yang dicapai bersama ahli PAC sebelum
ini.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku
Razaleigh Hamzah mahu Dewan Rakyat menarik balik klasifikasi rahsia
terhadap laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
2 orang berkata:
Kalau bentang kat parlimen pun tak guna sbb hadimaru akan ponteng jugak.
reebok shoes
prada shoes
ed hardy
nike blazer pas cher
nike huarache trainers
michael kors outlet clearance
nike outlet
coach outlet
moncler jackets
michael kors handbags sale
Post a Comment