Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

umno sentiasa betul, tak perlu tegur ?

Beri teguran bukan bererti tidak setia
Shafie Apdal
Shafie Apdal

JITRA - Teguran yang dibuat beberapa pemimpin Umno bukan bererti tidak setia kepada parti sebaliknya kesetiaan itulah yang perlu menyatakan kebenaran.

Demikian kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut mengakui bimbang dengan situasi yang sedang berlaku dalam parti itu.

“Banyak jasa Umno sebagai parti pemerintah tapi kebelakangan ini bukan hanya merunsingkan, membimbangkan dan menakutkan. Tapi kelihatan buntu dari segi penerimaan dalam kalangan masyarakat Cina, India termasuk orang Melayu sendiri.

“Apatah lagi bagi anak-anak muda yang berusia 40 tahun ke bawah. Ini cukup membimbangkan kita kerana memikirkan masa depan negara dan anak-anak,” katanya pada program bicara isu-isu semasa Selamatkan Malaysia (Team B Umno) di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, kelmarin.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, jika keyakinan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kian merosot, kesannya pelabur juga tidak berminat ke negara ini.

“Pada PRU11 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, kita (BN) boleh menang dua pertiga kerusi. Menjelang PRU12, tiga isu saja menyerang Tun Abdullah iaitu harga barang, isu tingkat empat dan kadang-kadang beliau tertidur, isu itu saja buatkan BN kalah di lima negeri.

“Saya tegur Najib, keadaan ini membimbangkan saya. Bayangkan dalam keadaan tiga isu PRU12, zaman Tun Abdullah penggal kedua kita dapat 142 kerusi Parlimen. PRU13 dalam keadaan sama, kerusi BN turun dari 142 kepada 133 kerusi,” katanya.

Beliau menyarankan supaya perdana menteri selaku presiden parti mempertimbangkan semula isu-isu yang berbangkit dan berharap BN dapat menang pada PRU14.

“Bimbang saya... isu cukup banyak, harga barang, 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Saya tegur bukan bererti bila tegur kita tak setia kepada parti. Sebenarnya ketaatan kita kepada parti yang menguatkan parti.

“Kesetiaan kita menyatakan kebenarannya, keikhlasan dan kejujuran kita dalam perjuangan. Bukan kita nak sebut yes bos! gila nak dapat jawatan.

“Saya malu dengan perdana menteri sebab Sabah pun pernah bertukar kerajaan. Bukan sekali, tapi empat kali. Bila hilang kuasa, bukan mudah nak ambil semula,” katanya.
 

3 orang berkata:

Anonymous said...

Hahaha sebijik macam parti pas, tak boleh ditegur. Kalau tegur dilabelkan macam2 gelaran.

Hamba Allah said...

PAS pun kena tempiasnya...ternyata memang PAS sebuah parti yg menjadi pilihan rakyat malaysia dan in sha Allah PAS akan memerintah malaysia xlama lg...harap2 parti pan,dap dan umno lingkup selamanya...

Merissa Dari Malaysia said...

Negara::::::[Malaysia]
Nama:::::[Merissa Ahmed]
Amaun Pinjaman::::[RM 450k.
Bandar:::::::::::::::::::[Kuala Lumpur]
WhatsApp::::::::::::::::::::[+60177807471]
e_mail:::::::::::[merissaahmed11@gmail.com]
Alamat:::::[Jalan-Bukit Bintang Plaza, Jalan Bukit Bintang]


Nama saya Merissa, seorang ibu kepada dua anak saya dari Malaysia dan saya telah berada di Malaysia selama bertahun-tahun dan sehingga saat ini kesaksian ini saya masih berada di Malaysia. Salah satu masalah utama yang pernah saya hadapi dengan perniagaan saya ialah masalah kewangan dan pembiayaan semula dan ini menyebabkan saya mencari pinjaman dan akibatnya saya menjadi mangsa 2 pemberi pinjaman fiktif dan ini sebenarnya membuat saya trauma sampai tahap tertentu tetapi saya tidak pernah putus asa sehingga saya melalui blog dan juga media lain saya mempunyai peluang untuk menemui [DUBAI FINANCIAL SERVICE AUTHORITY] pada awalnya saya berasa takut dan sangat skeptikal mengenainya, tetapi saya harus mengambil risiko satu kali yang akhirnya membawa kepada kebebasan kewangan saya. Saya benar-benar memohon pinjaman sebanyak [RM 450K] dalam masa 24 jam proses pembayaran berjaya dilakukan. Keseluruhan proses ini boleh dipercayai dengan jujur ​​dan boleh dipercayai, jadi jangan takut dengan pinjaman dalam talian hubungi [DUBAI FINANCIAL SERVICE AUTHORITY] untuk mendapatkan pinjaman yang boleh dipercayai @ kadar faedah yang sangat rendah Anda boleh menghubungi mereka melalui alamat e-mel di bawah::
[financialserviceauthority400@gmail.com]
Atau jika anda ingin membuat lebih banyak pertanyaan, anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel ini: [merissaahmed11@gmail.com]


Negara::::::[Malaysia]
Nama:::::[Merissa Ahmed]
Amaun Pinjaman::::[RM 450k.
Bandar:::::::::::::::::::[Kuala Lumpur]
WhatsApp::::::::::::::::::::[+60177807471]
e_mail:::::::::::[merissaahmed11@gmail.com]
Alamat:::::[Jalan-Bukit Bintang Plaza, Jalan Bukit Bintang]

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.