PM bakal menghadap Sultan Terengganu
LUNDU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat
berhubung isu membabitkan Menteri Besar Terengganu.
Najib pada masa yang sama meminta semua pihak tidak membuat sebarang
spekulasi kerana pentadbiran kerajaan negeri Terengganu masih berjalan
seperti biasa.
"Saya dijadual menghadap Sultan Terengganu dalam masa terdekat. Selepas
itu, baru saya akan keluarkan kenyataan," katanya kepada pemberita di
sini.
[ARTIKEL BERKAITAN: MB kena tarik gelaran: Ahmad Razif enggan ulas]
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata demikian ketika
diminta mengulas isu itu selepas hadir dan memberi sokongan kepada Ketua
Menteri Tan Sri Adenan Satem, calon BN Dun Tanjung Datu di sini hari
ini bersempena penamaan calon Pilihan raya Sarawak ke-11. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment