Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANGGOTA KESELAMATAN ITU PERLU DIDENDA DAN PECAT


Anggota keselamatan didakwa pukul warga asing
Anggota keselamatan didakwa pukul warga asing
Rakaman CCTV yang dimuat naik dalam Facebook Sanjeevan.

SHAH ALAM - Tidak ada dalam Prosedur Standard Operasi (SOP) yang membolehkan pihak berkuasa melakukan kekasaran terhadap individu yang memberikan kerjasama dalam mana-mana serbuan.

Pengerusi badan anti-jenayah, MyWatch,  Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan berkata demikian ketika mengulas tindakan anggota penguatkuasa wanita yang didakwa mengasari seorang pekerja asing dalam serbuan di Sendayan, Seremban, awal Januari lalu.

"Tindakan pegawai wanita itu yang menendang bahagian kemaluan mangsa dan memukul di bahagian kepala beberapa kali tidak boleh diterima kerana mangsa telah memberikan kerjasama penuh sewaktu serbuan dijalankan.

“Mangsa yang kini telah berada di tanah kelahirannya, India, ketika dihubungi MyWatch menceritakan dia dipukul kerana tidak boleh bercakap Bahasa Melayu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sanjeevan menerusi akaun Facebooknya telah memuat naik sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mendedahkan seorang wanita memukul seorang lelaki yang dipercayai sebagai pekerja asing.

Menurut Sanjeevan lagi, pihaknya sedia membawa kembali warga asing itu ke tanah air untuk menceritakan semula insiden berkenaan.

“Kami gesa pegawai wanita berkenaan dan pegawai yang terlibat memukul dan membelasah mangsa ketika mangsa dalam tahanan dipecat kerana mereka telah mencemarkan nama baik Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.