Jawapan TLDM kapal selam 'tidak boleh menyelam'
SHAH ALAM - Kru kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu
menghabiskan masa lebih 10,000 jam berada di bawah laut ketika operasi,
kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman
Ahmad Badaruddin.
Katanya, tempoh itu sangat luar biasa berbanding kru kapal selam
tentera laut asing yang secara purata berada antara 3,000 dan 4,000 jam.
"Pencapaian yang ditunjukkan oleh TLDM di peringkat negara mahupun di
persada antarabangsa perlu dibanggakan kerana berjaya meletakkan armada
laut negara sebagai pasukan marin berprestij setanding dengan armada di
negara Barat melalui perolehan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.
"Bagaimana keadaan ini boleh berlaku, jika kapal selam ini tidak dapat
menyelam, yang sering didakwa oleh orang ramai dan ahli politik? Tuduhan
itu tidak berasas dan tidak wajar oleh mereka yang tiada kemahiran
mengenai kapal selam.
"Kru kapal selam kita dilatih mengendalikan kapal selam di perairan
demi keselamatan, kepentingan dan kedaulatan negara,"katanya kepada
media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau bercakap demikian bersempena dengan ulang tahun ke-82 TLDM.
Berkata lanjut, Ahmad Kamarulzaman menegaskan bahawa kru kapal selam
TLDM sangat dihormati oleh negara-negara operasi kapal selam yang lebih
berpengalaman.
"Tentera Laut Amerika Syarikat adakan perbincangan bersama TLDM setiap
tahun dan Tentera Laut Perancis sanggup datang dari jauh untuk latihan
bersama (Casex).
"Tentera Laut Asing kagum dengan pencapaian yang diperoleh oleh pasukan Angkatan Selam TLDM dalam tempoh singkat," katanya.
1 orang berkata:
Aku memang tak percaya stament camni sebab Malaysia ni selalu masuk bakul angkat sendiri.
Post a Comment