Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR MUNGKIN TUNDUK DENGAN DAP ???

PRN: Pintu rundingan sudah tertutup, kata DAP
PRN: Pintu rundingan sudah tertutup, kata DAP
Tony Pua, Anthony Loke dan Ong Kian Ming menunjukkan dapatan kaji selidik Merdeka Centre antara DAP dan PKR di enam kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN.


KUALA LUMPUR - Pintu rundingan antara DAP dengan PKR  mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak sudah tertutup dan tiada lagi perbincangan mengenainya perlu dibuat. 
 
Demikian kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menganggap sudah terlambat untuk meneruskan rundingan itu selepas proses penamaan calon tamat semalam.

Sebaliknya Tony menegaskan, rakan sekutunya itu perlu bertindak dengan menarik balik kesemua calonnya yang bertanding di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berlaku pertindihan itu.

"Tiada lagi rundingan. Mereka (PKR) perlu datang balik dan beritahu kami bahawa mereka tarik balik lima calonnya dan kami juga akan tarik balik seorang calon kami (daripada bertanding)," katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sarawak: Pertembungan kerusi beri kelebihan buat BN‎]

Beliau mengulas kenyataan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa belum terlambat untuk PKR dan DAP berunding mengenai pertembungan calon kedua parti itu dalam PRN Sarawak.

Anwar juga melahirkan kekesalannya apabila calon sekutu Pakatan Harapan terbabit dalam pertembungan sesama sendiri menjelang hari pengundian pada 7 Mei ini.

Terdahulu, calon PKR dan DAP akan bertembung di kerusi Mulu, Murum, Simanggang, Mambong, Ngemah dan Batu Kitang selepas proses rundingan yang berjalan sejak Februari lalu gagal disepakati.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke pula berkata, pihaknya sanggup tidak berkempen di kerusi Batu Kitang sekiranya PKR sedia melakukan perkara sama di lima kerusi bertindih di antara mereka.

Anthony berkata, pertindihan lima kerusi itu hanya dapat diselesaikan sekiranya PKR setuju dengan cadangan DAP itu.

"Sebelum 2013, tiga hari selepas penanamaan calon, boleh tarik diri. Sekarang tiada lagi (kecuali) kedua-dua pihak umumkan (tarik diri) secara terbuka, walaupun nama atas kertas undi, mereka tarik diri dan tidak kempen.

"Kalau mereka boleh buat begitu, kita juga akan arahkan calon di Batu Kitang buat perkara sama untuk beri sokongan penuh kepada calon PKR di Batu Kitang," katanya.

Beliau juga berkata, tindakan itu bagi menghormati perjanjian yang dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 11 April lalu bahawa bersetuju pertandingan satu lawan satu.

Katanya lagi, sebagai balasan, DAP meminta kerjasam PKR untuk berkempen bagi pihak DAP di lima kerusi yang bertindih itu.

"Mereka perlu beri sokongan penuh kepada lima calon DAP. Ini bagi menghormati perjanjian yang kita telah capai," ujarnya.

Dalam pada itu,  DAP juga melahirkan kekecewaannya dengan tindakan PKR itu yang tidak berpegang kepada perjanjian di lima kerusi yang dipersetujui sebelum ini, iaitu Batu Kitang, Muru, Simanggang, Mambong dan Murum.

Anthony turut berkata, tindakan itu jelas melanggar perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani antara DAP dengan PKR pada 7 April lalu.

Bagaimanapun Anthony menambah, segala perbincangan mengenai pertindihan kerusi tersebut akan dibincangkan selepas PRN Sarawak.

"Itu kita akan bincang lepas PRN Sarawak, soal itu tidak timbul sekarang" jelasnya. Ketika ditanya tentang kedudukan DAP dalam Pakatan Harapan selepas insiden tersebut, beliau bagaimanapun berkata, ia tidak menjejaskan parti itu dan kerjasama dengan parti pembangkang lain
"Buat masa ini, tidak jejas hubungan Pakatan Harapan," katanya lagi.
 
 

2 orang berkata:

Anonymous said...

Bukan tunduk. Rujuk kerengga.

alsabaak said...

افضل الخدمات التى تقدمها شركة ثراء الخليج للخدمات المنزلية فلدينا افضل شركة كشف تسربات المياه بالرياض التى تقوم بافضل خدمات الكشف عن تسريب المياه الى جانب افضل شركة تنظيف خزانات بالرياض التى تقوم بافضل تنظيف للخزانات العلوية والارضية فلا تتردد بالاتصال بنا.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.