Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kena la ambil tindakan

1MDB hormati sepenuhnya keputusan BNM
0
1MDB
1Malaysia Development Berhad

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB)menyatakan ia menghormati sepenuhnya autoriti dan keputusan Bank Negara Malaysia yang mengesahkan penamatan siasatan ke atas IMDB dan pengenaan kompaun pentadbiran kerana kegagalan mematuhi arahan tertentu.

"1MDB menghormati sepenuhnya kuasa dan keputusan BNM dalam perkara ini. Pembayaran kompaun itu akan dibuat pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan," kata syarikat milik kerajaan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, BNM mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.


Ini termasuk mengehendaki 1MDB menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011, kata BNM dalam satu kenyataan.

Bank pusat itu berkata, 1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh BNM untuk memberikan alasan yang kukuh berhubung ketidakupayaan untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik itu.

1MDB diberikan tempoh sehingga 30 Mei, 2016 untuk membayar kompaun tersebut. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.