MB kena tarik gelaran: Ahmad Razif enggan ulas
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd
Rahman mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai
desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang
melibatkannya semalam.
Beliau yang ditemui selepas Majlis Perasmian Persidangan Wakaf
Senusantara 2016 yang berlangsung di Primula Beach Hotel di sini, hari
ini hanya mengucapkan 'terima kasih' beberapa kali, sebelum beredar
menaiki kenderaan rasminya.
Ahmad Razif hadir pada majlis itu bagi mengiringi Sultan Terengganu,
Sultan Mizan Zainal Abidin yang berangkat untuk merasmikan persidangan
tersebut.
Usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan daripada Setiausaha
Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda yang turut berada di majlis berkenaan
juga tidak berhasil kerana beliau turut bergegas meninggalkan majlis dan
enggan mengulas lanjut.
Viral mengenai perlucutan gelaran itu mula dikatakan semalam dan
difahamkan, Ahmad Razif telah dipanggil pihak istana pada petang Jumaat
lalu.
Spekulasinya mengenai perlucutan gelaran itu bertambah kuat apabila
Ahmad Razif hanya disebut sebagai Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri
Besar Terengganu dalam majlis itu dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif
Abd Rahman seperti kebiasaanya dalam beberapa majlis rasmi sejak
semalam.
Bagaimanapun difahamkan, titah rasmi berhubung isu perlucutan itu masih belum dikeluarkan.
Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin
(SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun
ke-53 pada 24 April 2015.
1 orang berkata:
Kenapa buat sultan murka cuba tanya mat said.rasia najib dia nak simpan rahsia mat razif dia nak buat apa.agaknya ia rahsia yg berkaitan.hai nampaknya tak lama orgnajib tu.ayuh trg jgn jd mcm kedah dpt mat lce
Post a Comment