Pelantikan Muhammad sebagai Gabenor BNM positif
KUALA LUMPUR - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti
Akhtar Aziz berkata, pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor
baharu bank pusat itu sangat positif kepada negara.
"Beliau yang merupakan sebahagian daripada pasukan dasar kami di bank
pusat ini akan dapat meneruskan kesinambungan dan kepastikan yang sangat
diperlukan dalam tempoh yang tidak menentu ini," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Zeti berkata, beliau mempunyai keyakinan tinggi ke atas keupayaan Muhammad untuk mengetuai BNM pada masa hadapan.
Muhammad, 56, yang kini Timbalan Gabenor dilantik mengetuai BNM selama tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei, 2016.
Beliau menyertai BNM pada 1984, dan memegang jawatan timbalan gabenor sejak Jun 2010. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment