Tun Mahathir minta Arul cerita semua
SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Presiden/Pengarah
Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mendedahkan semua perkara
disifatkannya sebagai penipuan besar-besaran yang berlaku dalam syarikat
pelaburan strategik milik kerajaan itu.
“Arul akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar
ditegak selepas pengakuan olehnya. Adalah lebih baik Arul cerita semua,”
tulisnya dalam satu kenyataan.
Menurut Mahathir, apa yang perlu didedahkan oleh Arul adalah berkaitan
dengan kes juru audit syarikat itu dibuang, AS$1 bilion (RM3.9 bilion)
dilabur dalam JV 1MDB/Petro Saudi tanpa kelulusan pengarah dan tanpa
pemeriksaan sewajarnya.
Beliau juga mempersoalkan mengapa selepas syarikat kerjasama (JV) itu
dibubarkan, modal tidak dikembalikan kepada 1MDB, sebaliknya diberi
status pinjaman kepada Petro Saudi.
Bekas perdana menteri itu juga menggesa Arul mendedahkan hal-hal
berkaitan dengan wang milik 1MDB yang dihantar ke Cayman Islands tetapi
tidak dibawa balik ke Malaysia, sebaliknya ke Singapura dan kemudian
dijelmakan dalam bentuk unit.
“Penyalahgunaan duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan pengaliran
wang milik SRC International, konsesi minyak di Argentina dan
Turkmenistan yang menjadi aset dan kemudian tidak menjadi aset dan
beribu lagi cerita yang melibatkan wang 1MDB, dijelas, dinafi, diakui
dan hilang tidak disebut lagi.
“Rakyat sukar memahami betapa besarkah satu juta, sekarang cuba
menggambarkan banyak manakah satu bilion. Bagaimanakah wang yang
berbilion boleh ke sana ke sini?,” ujarnya.
Katanya, akhirnya penipuan dilaporkan media cetak dan elektronik seluruh dunia diakui benar oleh Arul sendiri.
“Beliau juga mengaku akan kegagalan 1MDB membayar AS$1 bilion (RM3.9
bilion) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC), firma
dari Abu Dhabi yang menjamin hutang 1MDB.
Mahathir turut mempersoalkan ‘keberanian’ bekas Ketua Pegawai Eksekutif
1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang sewaktu memegang jawatan
dikatakannya telah bertindak sendiri meminjam dan melabur berbilion
Ringgit bagi pihak syarikat tanpa kelulusan lembaga pengarah dan pihak
atasan.
“Wah, yakin sungguh Shahrol. Apakah dia juga terlibat dengan bayaran
kepada Aabar Investement PJS Ltd (British Virgin Islands)?,” sindirnya.
Aabar Investment PJS Ltd (British Virgin Islands) (Aabar BVI) adalah
syarikat diperbadankan di British Virgin Islands, yang sebelum ini
menerima AS$3.5 bilion (RM13.7 bilion) daripada 1MDB untuk dibayar
kepada IPIC.
IPIC dan syarikat subsidiarinya, Aabar Investment PJS (Aabar) baru-baru
ini bagaimanapun menafikan Aabar BVI ada kaitan dengan mereka.
Arul dalam satu temu bual dengan majalah kewangan, The Edge Weekly
edisi 25 April – 1 Mei mempersoalkan IPIC mengapa menunggu hingga
sekarang untuk buat kenyataan mengenai perkara itu.
“Ia patut diumum segera selepas kami tidak bayar kerana ia jumlah yang
besar. Mengapa tunggu hingga April untuk berkata, kamu tidak memiliki
Aabar BVI?,” soalnya.
Dalam temu bual itu, Arul tidak menolak ada penipuan berlaku dalam
syarikat berkenaan. Malah katanya: “Penipuan itu besar-besaran... dan
mungkin ada kerjasama daripada pihak kami (pihak dalam 1MDB).”
Sinar Harian semalam memetik wawancara Arul dengan The Edge Weekly sebagai berita muka depan.
1 orang berkata:
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.
Post a Comment