Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Jawatan PM: Hadi tolak usaha Mahathir libatkan istana
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Pas hari ini menolak usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahahthir Mohamad yang cuba melibatkan pihak istana dalam usaha menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, negara ini memiliki parti-parti politik serta badan-badan bukan kerajaan untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan.
"Kita tidak mahu menarik pihak-pihak lain yang tidak perlu ditarik dalam sebarang perubahan. Kita ada parti politik, NGO dan semua pihak lain. Itu terpulang kepada mereka," katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M cuba heret istana]
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Tun Mahathir pada 27 Mac lalu yang mengharapkan pihak istana mendengar keluhan rakyat dan campur tangan dalam menggesa Najib meletakkan jawatan.
Menurutnya lagi, hanya ada dua cara demokrasi untuk menurunkan seseorang pemimpin iaitu melalui undi tidak percaya di Parlimen atau pilihan raya.
Beliau juga tidak menolak demonstrasi diadakan untuk menyatakan bantahan namun katanya, ia mesti mengikut proses dan penjelasan yang betul.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.