Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Orang kampong gajah harumkan nama negara weh !


Najib, Zahid ucap tahniah kepada Khairul Idham
Khairul Idham Pawi
Khairul Idham Pawi

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yang menjuarai perlumbaan motosikal Grand Prix (GP) Jerman di Litar Sachsenring semalam.

"Tahniah kepada Khairul Idham yang menang perlumbaan Moto3 di Grand Prix Jerman! Teruskan usaha untuk raih banyak lagi kejuaraan dan harumkan nama negara!," kata Najib dalam catatan di laman Twitter hari ini.

"Tahniah Khairul Idham Pawi harumkan nama Malaysia di kejuaraan Moto3 GP Jerman. Teruskan semanagat ini demi negara tercinta," tulis Zahid di laman Twitternya, semalam.

Ini merupakan kemenangan kedua buat pelumba berusia 17 tahun ini yang mewakili Honda Team Asia itu selepas kejayaan di GP Argentina pada April lalu.

Anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu membuktikan beliau memang 'Raja Litar Basah' apabila terus memimpin perlumbaan sehingga tamat dengan catatan masa 47 minit 07.763 saat.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pelumba dari Itali, Andrea Locatelli dari pasukan Leopard Racing dan Enea Bastianini mewakili pasukan Gresini Racing.

Kemenangan itu membolehkan Khairul Idham berada di tempat ke-10 keseluruhan selepas mengumpul 54 mata.

Pelumba Afrika Selatan Brad Binder dari pasukan RedBull KTM Ajo masih mendahului dengan 159 mata.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.