2,800 tentera rampasan kuasa ditangkap setakat ini
ISTANBUL - TURKI. Angka tentera terlibat cubaan rampasan kuasa di Turki
yang berjaya ditahan meningkat kepada 2,800 orang menurut Perdana
Menterinya, Binali Yildirim, lapor BBC.
Kesemua suspek itu yang ditahan di seluruh Turki itu kini dalam tahanan pihak berkuasa.
Sementara itu, 200 daripadanya dikatakan telah menyerahkan diri manakala 161 disahkan terbunuh.
Agensi berita tempatan pula melaporkan sebahagian besarnya adalah orang awam dengan lebih 1,440 yang lain cedera dan sedang menerima rawatan di hospital.
Jeneral tentera yang berjaya diselamatkan daripada tahanan tentera pemberontak berkenaan, Hulusi Akar dilaporkan CNN akan mengetuai operasi terhadap kumpulan yang mencuba untuk menggulingkan kerajaan.
Namun beberapa pimpinan tentera yang turut ditangkap pemberontak sebelum ini masih belum diketahui nasibnya.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pula dalam kenyataannya sebentar tadi mengesahkan beliau masih berkuasa di Turki.

0 orang berkata:
Post a Comment