Bantah kenyataan UNSC, Turki sindir Mesir
ANKARA - TURKI. Turki menyifatkan bantahan Mesir terhadap kenyataan
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) berkaitan ‘kerajaan
dipilih secara demokrasi’ yang merujuk kepada Turki itu begitu
‘bermakna’, lapor Agensi Anadolu.
Jurucakap Menteri Luarnya, Tanju Bilgic berkata, bantahan Mesir itu
perkara biasa memandangkan kerajaan itu mendapat kuasa melalui rampasan
kuasa tentera.
“Itu biasa bagi mereka yang mendapat kuasa melalui rampasan kuasa
mengelak daripada mengambil pendirian menentang rampasan kuasa itu yang
mensasarkan presiden kami dan kerajaannya yang dipilih melalui pilihan
raya secara demokrasi,” katanya pada sidang media.
Sebelumnya, UNSC dilaporkan gagal untuk bersuara mengutuk kekejaman
yang berlaku di Turki selepas Mesir didakwa membantah kenyataan itu
dikeluarkan susulan teks kenyataan berkenaan mengajak semua pihak untuk
'menghormati Turki sebagai kerajaan yang dipilih secara demokrasi
melalui pilihan raya'.
Mesir merupakan salah satu daripada 10 anggota tidak tetap UNSC dan
majlis itu memerlukan kesepakatan dalam mengeluarkan kenyataan.
0 orang berkata:
Post a Comment