Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS KUTUK RAMPASAN KUASA D TURKI

Parti Islam Semalaysia (PAS) Mengutuk Insiden Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki

KENYATAAN MEDIA:
 PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) MENGUTUK INSIDEN CUBAAN RAMPASAN KUASA DI TURKI

PAS mengutuk cubaan rampasan kuasa oleh segelintir anggota tentera untuk menjatuhkan kerajaan Turki yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi pimpinan AK Party. PAS menggesa semua pihak di Turki untuk menghormati dan mendokong proses demokrasi, bertindak mengikut lunas undang undang dan tidak bertindak sehingga menimbulkan keadaan huru hara.

PAS berdiri teguh bersama hasrat rakyat Turki yang telah memilih kerajaan melalui proses demokrasi yang sah.

PAS merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam tragedi rampasan kuasa ini, ahli keluarga, pemimpin dan seluruh rakyat Turki.

PAS menyokong kepimpinan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, untuk memperkukuhkan demokrasi dan kuasa rakyat dan berdoa semoga beliau terus dapat memimpin
Turki dengan cemerlang.

PAS juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Turki dan rakyat Malaysia yang berada di Turki.
“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)
12 Syawal 1437H / 17 July 2016M
https://www.pas.org.my/

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.