Gencatan serangan: Pas Selangor sokong Tuan Ibrahim
SHAH ALAM - Kesemua wakil rakyat Pas di negeri ini menyokong kenyataan
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presidennya,
Datuk Iskandar Abd Samad agar parti pembangkang menumpukan usaha
menumbangkan BN bukannya bertelagah sesama sendiri.
Melalui satu kenyataan bersama, 13 wakil rakyat meliputi Adun dan Ahli
Parlimen Selangor berkata, pihaknya berpendirian agar pendekatan atas
nama ‘Pakatan Pembangkang’ dicari untuk mempertahankan kemenangan di
negeri ini yang telah dicapai semenjak 2008.
“Parti parti politik pro blok pembangkang berhenti menyerang antara
satu sama lain dan menghalakan serangan terhadap Umno dan BN Selangor.
“Mencari pendekatan terbaik untuk satu lawan satu menentang BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Genjatan serangan bukan pendirian Pas]
Sebelum ini, Tuan Ibrahim mendapat perhatian semua parti politik
pembangkang selepas mengeluarkan kenyataan mengajak parti pembangkang
melaksanakan genjatan serangan dan menumpukan serangan kepada Umno-BN
sahaja. Kenyataan itu kemudiannya disokong Iskandar.
Kesemua Adun dan ahli Parlimen Selangor itu juga berpendirian untuk
menumpukan pembelaan kebajikan rakyat dan pembangunan di Selangor selain
mencari titik persamaan yang terbaik berdasarkan demografi di negeri
itu dengan syarat menghormati prinsip yang dibawa oleh setiap parti yang
berbeza.
Melalui kenyataan sama, kesemua Adun dan ahli Parlimen Selangor akan
menyerahkan surat yang ditandatangani mereka kepada pimpinan pusat.
0 orang berkata:
Post a Comment