Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR tidak terburu-buru


PKR pertimbang untuk sertai parti baharu
Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah

BUKIT MERTAJAM - PKR akan mempertimbangkan sama ada untuk turut serta bekerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, pada masa ini PKR belum menyatakan pendiriannya untuk bekerjasama dengan parti baharu yang bakal diasaskan oleh Dr Mahathir itu.

Khamis lepas, Mahathir mengumumkan akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Permatang Pauh di Kubang Semang dekat sini hari ini, Wan Azizah berkata beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bersatu dalam prinsip persamaan.

"Kita (PKR) tengok dululah, kita tengok dulu sebab kita mesti ada persamaan dalam apa perjuangan kita dan setiap agenda kita harus sama," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.