Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERBUKTI PARTI BARU HANYA MENGACAU D SG: BESAR DAN K. KANGSAR


Parti baharu pembela baharu Melayu
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) yakin parti baharu yang bakal diwujudkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengasasnya mampu menghapuskan dogma orang Melayu bahawa Umno sahaja pembela nasib bangsa itu.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, parti baharu itu ada pengalaman dan strategi tersendiri dalam usaha mendekati masyarakat Melayu terutama yang di kampung.

“Umum tahu Umno ada sokongan majoriti di kampung kerana benih-benih dogma yang ditanam kononnya mereka sahaja mampu menyelamatkan Melayu daripada pembangkang yang didakwa akan mengorbankan keistimewaan kaum itu dan parti – parti pembangkang lain menjadi barua kepada DAP.

“Pemimpin seperti bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Datuk Seri Shafie Apdal (bekas Naib Presiden Umno) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (bekas Menteri Besar Kedah)  adalah individu yang cukup faham ideologi Umno di kawasan-kawasan desa. 

Saya yakin mereka ini mampu mengubah persepsi masyakat kampung terhadap pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, Amanah tidak mempunyai sebarang masalah menjalinkan kerjasama dengan bekas pemimpin-pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Memandangkan kita telah bekerjasama dengan Mahathir dalam Deklarasi Rakyat, saya rasa setakat ini kita tidak mempunyai masalah kerana tujuan dan hasrat kita adalah sama iaitu menyingkirkan Najib.

“Saya tidak rasa kewujudan parti baharu ini juga bakal menggugat kedudukan parti-parti pembangkang sebaliknya memberi ancaman kepada kedudukan BN. Ia juga menambah kekuatan pembangkang di samping meyakinkan rakyat bahawa pembangkang adalah alternatif kepada BN untuk memerintah negara ini,” katanya.

Ditanya bagaimana pembangkang mampu mengumpul kekuatan dan menjadi pakatan pembangkang yang kuat jika Pas enggan sertai kerjasama baharu itu, Salahuddin berkata, perkara itu terpulang kepada Pas  jika benar-benar mahu menumbangkan Umno.

“Kita (Amanah) terbuka untuk berbaik dengan mana-mana pihak yang mahu sertai pakatan pembangkang ini.

“Kalau Pas tidak mahu menyertai pakatan ini, mereka akan terpinggir dari arus politik perdana,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tiada halangan bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk parti baharu dengan syarat tidak menghalang perjuangan Islam, tidak merugikan agama Islam dan umat Islam serta semua rakyat di negara ini.

1 orang berkata:

IrWrWs said...

Terbaik TGHA .. Mmg mantap

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.