Propaganda burukkan imej Turki
SHAH ALAM - Beberapa media Barat didakwa memutarbelitkan fakta ketika
membuat laporan mengenai cubaan rampasan kuasa di Turki hingga
mencetuskan persoalan banyak pihak terhadap kredibiliti mereka sebagai
akhbar tersohor.
Ia menunjukkan kebanyakan daripadanya turut terlibat dalam propaganda
bertujuan untuk memburukkan imej Turki dan pemimpinnya yang dihimpit
satu demi satu kontroversi.
Akhbar The Independent menerusi laporannya seakan berat sebelah dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Mereka menggunakan tanda petikan pada perkataan treason (pengkhianatan)
berikutan keraguan sama ada tindakan rampasan kuasa keatas kerajaan
awam di Turki itu adalah satu bentuk jenayah atau tidak.
Selain itu, akhbar The Telegraph terlalu awal meminta respons pakar dan
cuba untuk menyokong tindakan rampasan kuasa itu selain menggelar
mereka sebagai 'penjaga Perlembagaan sekular Turki' dan tidak melihat
kumpulan itu sebagai pengkhianat negara.
Sementara itu, akhbar The New York Times menyifatkan cubaan rampasan
kuasa itu adalah masa yang sesuai untuk memberi peringatan kepada
sesiapa yang taksub dengan Erdogan sebagai pemimpin autoritarian.
The Times of Malta pula bertindak lebih pantas berbanding penerbitan
lain dengan mula memuat naik tweet berdasarkan kenyataan sumber Kesatuan
Eropah (EU) yang memaklumkan rampasan kuasa itu mungkin akan berjaya.
Menerusi laporan The Daily Beast, ia menyatakan Erdogan telah memohon
suaka di dua negara Eropah walaupun ketika tweet itu dimuat naik,
pemimpin itu telah selamat mendarat di Istanbul.
VOX juga telah membuat rumusan sendiri yang jelas berat sebelah dengan
mengeluarkan tajuk berita Erdogan is clearly threat to Turkish democracy
and secularism (Erdogan adalah ancaman jelas kepada demokrasi dan
sekularisme di Turki). - muslimmatters.org
0 orang berkata:
Post a Comment