Chong Wei tidak bertanding perlawanan pusingan awal Piala Axiata
March 20, 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac —
Datuk Lee Chong Wei tidak akan bertanding pusingan awal Piala Axiata pada hari Jumaat hingga Ahad di Stadium Badminton Kuala Lumpur di Cheras oleh kerana kecederaan bahunya.
Di petik Bernama Online, beliau berkata, “Sekarang saya tidak boleh mengulas mengenai peluang saya bermain dalam pusingan awal Piala Axiata kerana hasil keputusan MRI hanya akan keluar esok. Tetapi yang pasti saya tidak dapat bertanding minggu ini.
“Bagaimanapun, saya akan tunggu keputusan esok. Sekarang saya hanya berjoging tetapi tidak berlatih di gelangang,” katanya kepada pemberita selepas menjalani MRI di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
0 orang berkata:
Post a Comment