Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH SELESAI, KERAJAAN KEDAH KENA AKUR BADAN PEMANTAU (JAWATANKUASA PEMANDU)

Azizan, Phahrolrazi dan Salleh kekal, PAS tubuh panel elak kemelut berulang

March 05, 2012
 
KUALA LUMPUR, 5 Mac — PAS Pusat hari ini membuat keputusan Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan kekal sebagai Menteri Besar Kedah, dan dua exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh, perlu kembali semula sebagai exco negeri tersebut.

Malah parti berkenaan juga akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi mengelakkan kejadian di Kedah berulang di negeri pimpinan mereka.
 
 
“PAS Pusat telah membuat keputusan bahawa Azizan akan kekal sebagai menteri besar, sementara Phahrolrazi dan Ismail perlu kembali semula kepada jawatan exco masing-masing,” kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali (gambar), ketika sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS di sini.

“PAS juga akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama memantau, memberi pandangan untuk setiap negeri yang diterajui PAS.”

Menurut Mustafa, keputusan itu sudah dimaklumkan secara lisan kepada ketiga-tiga individu berkenaan, namun kenyataan rasmi belum diserahkan kepada mereka.

“Keputusan ini dibuat sendiri oleh Presiden PAS dalam mesyuarat tersebut,” katanya lagi. “Kami sudah maklumkan secara lisan kepada mereka yang terlibat, tetapi PAS Pusat belum mengeluarkan kenyataan rasmi kepada mereka.”

Bagaimanapun, menurut Mustafa, Ismail tidak hadir ketika mesyuarat di kediaman rasmi menteri besar Kedah itu.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang turut hadir ketika sidang media, berkata mesyuarat malam itu berjalan lancer dengan suasana harmoni dan kedua-dua pihak berhujah secara profesional.
  
Salahuddin telah ditugaskan untuk menyelesaikan kemelut di Kedah, dan beliau telah pergi ke negeri berkenaan pada 28 Febuari lalu bagi berjumpa dan berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat.

Phahrolrazi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.

Dr Ismail, Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri,   turut merupakan Timbalan
Pesuruhjaya II PAS Kedah.

Difahamkan mereka enggan menerima lantikan itu kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

PAS pusat sebelum ini telah memutuskan untuk campur tangan dalam krisis pentadbiran kerajaan negeri Kedah dengan menghantar Salahuddin sebagai perantara bagi menyelesaikan kemelut itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.