Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HAH ! INI YANG TEPAT ! SOKONG 100%


01 March 2012


Presiden PAS boleh bukan MELAYU


Presiden PAS dan kepimpinan tertinggi PAS boleh bukan berbangsa Melayu. Ini kerana PAS bukan parti perkauman sempit macam Umno, MCA dan MIC yang meletakkan sesuatu kaum sahaja boleh menjadi pemimpin mereka. Tetapi sudah lama menerima konsep kepelbagaian bangsa dalam jemaahnya. PAS tidak pernah meletakkan perlembagaan bahawa Presiden dan Mursyidul Am mesti orang Melayu.

Cuma yang pasti Presiden PAS boleh orang Cina, India, Iban, Kadazan dan sesiapa sahaja ASALKAN SEORANG ISLAM yang layak.



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sesiapa sahaja yang "beragama Islam yang soleh" boleh memimpin Pas, tidak kira kaum atau bangsa.
"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa sesiapa sahaja yang merupakan Muslim yang soleh boleh memimpin Pas sekalipun bukan berbangsa Melayu kerana bangsa tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi ALLAH SWT," kata beliau menerusi Facebook hari ini.

1 orang berkata:

hussin said...

situasi di kedah dilihat sama seperti situasi di selangor. akibat membiarkan hassan ali bertindak sesuka hatinya, pas tercalar. pas dilihat tidak berupaya untuk mengurus konflik dari awal dengan bersikap lambat untuk bertindak. situasi di kedah juga serupa apabila pas memilih untuk membiarkan konflik berterusan walaupun sudah menerima laporan.

ir fakhrolrazi kini diandaikan sebagai 'parasit' dalam pas kedah sebagaimana khalid samad ditohmahkan sebagai 'parasit' dalam pas selangor. begitu juga hassan ali menuduh 'parasit' turut wujud dalam pas kelantan sehingga menuntut ni amar 'mencabar' hassan ali supaya menamakan siapa 'parasit' berkenaan. 'mencabar' dilihat sudah menjadi kegemaran ustaz2 pas apabila 'wujud' sesuati isu yang mengaitkan pas.

tuduhan hassan ali bahawa pas sudah terkeluar dari perjuangan asal menggamit ustaz2 pas untuk memastikan pas kembali kepada perjuangan asal! untuk apa? untuk memastikan 'status quo' - kedudukan ustaz2 terjamin menerajui pas. pas mahu dijadikan sebagai syarikat sendirian berhad!

sekiranya ir fakhrolrazi dianggap 'parasit', siapa pula klon hassan ali dalam pas kedah?

wallahu'alam

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.