Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 19 Mac 2012

Chua Soi Lek Cari "Nahas" Di Batu Pahat...

Tindakan Barisan Nasional menurunkan Presiden MCA, Chua Soi Lek di Batu Pahat akan menguatkan lagi peluang KEADILAN dan Pakatan Rakyat merampas Parlimen ini.

“Saya menyambut baik perkembangan ini. KEADILAN Batu Pahat bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana parti Barisan Nasional.

“Tidaklah mengejutkan,” kata Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali merujuk laporan media semenjak minggu lalu.

Syed Hamid menambah, keputusan itu membuktikan Umno ditolak sebahagian besar pengundi bukan Melayu di Batu Pahat secara khusus dan Malaysia secara amnya.
“Ia mengesahkan keresahan pimpinan Umno di Johor yang tidak yakin dapat memenangi hati pengundi pelbagai kaum di Batu Pahat.

“Pengundi Cina di Batu Pahat terdiri dari pengundi muda yang tidak terpengaruh dengan rekod wakil rakyat di masa lalu. Mereka mengambil pendirian yang konsisten mengenai perlunya ada reformasi yang menyeluruh  di dalam negara,” kata Syed Hamid Ali.

Syed Hamid turut menegaskan, keputusan persaingan pilihan raya umum ke-13 kelak akan ditentukan pengundi muda berbilang bangsa.
“Jentera KEADILAN Batu Pahat yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda di bawah 30 tahun.

“Ini menguatkan lagi semangat dan keyakinan KEADILAN bahawa peluang Pakatan Rakyat di Batu Pahat adalah baik. tidak kiralah calon atau parti Barisan Nasional mana yang bertanding,” Syed Hamid optimis.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.