KEMPEN PILIHANRAYA PRU 13 MENJURUS KEPADA SEMANGAT BANGSA ?
Ramai menduga isu utama PRU 13 nanti adalah berhubung dengan semangat bangsa, perkara ini diakui sendiri oleh kebanyakan pimpinan UMNO yang akan memulakankannya sama ada secara terangan ataupun secara senyap kerana teras parti melayu adalah diterajui oleh parti tersebut, andainya parti semangat bangsa benar-benar akan dimainkan maka UMNO akan terkubur dan mereka akan hilang kuasa pada PRU 13 nanti
Mengimbau kembali nasib UMNO yang awalnya mendapat sokongan semua orang melayu akhirnya parti ini menjadi lemah dan lesu kerana kebanyakan orang melayu sudah ramai meninggalkan parti tersebut dan muak berada didalam parti tersebut kerana berbagai isu penyelewengan yang telah dilakukan oleh anggota parti tersebut, sementara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan pegangan agama telah mula bersuara bahawa mereka akan menukar parti lain untuk menggantikan UMNO
Nampaknya apa yang berada didalam hati rakyat Malaysia ialah soal bersih dari sebarang penyelewengan dan mereka agak marah didalam isu berkroni-kroni didalam soal agihan kekayaan harta negara disamping itu mereka menolak sebarang pegangan yang bercanggah dengan fahaman agama yang masih menebal didalam negara ini
Anggota parti UMNO sudah ramai yang meninggalkan parti itu, mereka sudah tidak selesa berada didalam parti tersebut, kerana itu kita boleh nilai kekuatan UMNO yang ada pada hari ini setelah ujudnya parti PAS dan KEADILAN RAKYAT yang rata-rata pada asalnya mereka berasal daripada parti UMNO, demikian juga dengan parti-parti Cina dan Hindu yang berada didalam BN turut berpecah belah kerana memperjuangkan bangsa masing-masing
Apabila anggota parti UMNO menjadi mengecil kerana anggota mereka lari kepada parti lain maka para pimpinan UMNO yang menerajui pemerintahan negara mula mengalih dasar sementara parti tersebut kepada 1 Malaysia namun rakyat nampak itu adalah suatu muslihat yang sukar akan menjadi kenyataan kerana nama dan dasar parti tidak pernah berubah untuk rakyat berbilang kaum dan agama, sehingga kini kita dapat saksikan begitu ramai anggota parti tersebut meninggalkan UMNO
Harapan UMNO dan BN pada PRU 13 ini nampaknya terlalu tipis untuk terus berkuasa kerana rata-rata rakyat di negara ini sudah pandai menilai yang mana benar dan salah dan yang mana berguna dan yang tidak berguna, rakyat juga dapat menilai sejauh mana kerajaan ikhlas untuk membela rakyat secara bersih, apa yang rakyat nampak waktu kebelakangan ini ialah penggunaan cara rasuah,ugut dan sikap samseng telah digunakan untuk menakutkan rakyat berlaku secara bermaharaja lela tanpa dapat dicegah secara berkesan, tambahan pula ada kenyataan yang telah keluar dari mulut pemimpin yang menjurus orang ramai kepada bersikap samseng
0 orang berkata:
Post a Comment